Resepi Stok Sambal Hijau Tahan Lama Sedap Dan Senang
Resepi kali ini merupakan resepi sambal untuk dijadikan stok. Stok sambal bermaksud sambal yang dimasak dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara. Ia amat sesuai bagi penggemar sambal dalam semua hidangan mereka. Baiklah bagi anda yang mengemarinya dan suka kalau ada stok sambal jom try resepi ini! Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Cili api hijau
- Cili hijau
- Tomato hijau
- Bawang besar/merah
- Bawang putih
- Minyak secukupnya
- Gula, ajinomoto dan gula secukup rasa
- Ikan bilis goreng siap ramas atau pecahkan kasar-kasar
Kaedah
- Mula-mula bersihkan semua bahan tadi dan potong kecil.
- Sediakan minyak panas dan goreng semua bahan tadi.
- Bila dah layu, keluarkan dan tunggu sedikit sejuk.
- Kisar dengan baki minyak goreng tadi.
- Tumis semula (boleh tambah minyak jika suka)
- Bila dah garing tambah garam, animoto dan gula sedikit.
- Tunggu sejuk kemudian gaul dengan ikan bilis yang telah dipecah-pecahkan tadi
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Untuk tahan lama simpan dalam peti ais.
- Boleh guna untuk nasi goreng atau goreng berlada petai dan seumpamanya.
- Siap!
Penggunaan tomato hijau ialah untuk meredakan kepedasan cili api jadi jika anda suka kepedasan yang tahap maksima bolehlah anda gunakan cili api kampung sahaja tanpa mencampurkan ia dengan cili hijau dan tomato. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.