Resepi Stok Sambal Berlado Berapi Pedas Manis Seimbang
Resepi kali ini ialah resepi sambal berlada yang dibuat khas untuk dijadikan stok. Bagi peminat makanan pedas resepi pasti akan membantu anda. Bahan digunakan didalam masakan ini adalah tidak banyak berbeza berbanding masakan berlada lain. Namun begitu cara penyediaannya mungkin sedikit berbeza kerana ia disediakan agar ia tahan lama untuk dijadikan stok. Baiklah bagi anda yang mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- 300g cili api merah
- 10-15 ulas cili merah
- 5 biji bawang besar
- 2 labu bawang putih
- Minyak masak seckupnya.
- Gula dan garam secukup rasa
Kaedah
- Bersihkan semua bahan dan potong kecil.
- Panaskan minyak dan goreng semua bahan hingga layu.
- Ketepikan dan kemudian kisar semua bahan dengan minyak.
- Selepas itu panaskan kuali dan tumis bahan yang telah dikisar.
- Tambah garam, ajinomoto da gula secukup rasa.
- Tambah minyak jika perlu (guna baki minyak goreng cili tadi)
- Sambal akan cepat masak kerana ia telah digoreng lebih awal tadi.
- Bila dah sejuk simpan dalam botol kedap udara.
- Siap!
Pengunaan gula bukan sahaja untuk mengimbangi rasa pedas cili malah ia juga membantu sambal ini tahan lama. Simpan dalam peti ais untuk memanjangkan usia sambal ini namun biasanya ia cepat habis kerana sedap dan juga sambal ini boleh digunakan untuk masakan lain juga. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.