Resepi Spaghetti Roasted Duck Hidangan Mewah Buat Dirumah
Resipi ini merupakan resipi pasta spagetti yang popular dan sangat diminati oleh masyarakat kita. Pastu adalah makanan ini berasal daripada Itali tetapi kerana keenakannya dan penyediaan nya yang lebih mudah ianya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menyediakan spageti dengan ustaz.. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- ½ pek spaghetti rebus empuk bersama garam dan minyak zaitun (dan simpan sedikit arinya)
- 3 ulas bawang putih cincang
- Beberapa tangkai daun pasli
- 1tbsp cili flake
- 1 Kkiub pati ayam
- Garam secukup rasa
- Keju parmesan(pilihan)
- ! pek roasted duck
- Cili benggala hijau dan merah ½ biji hiris memanjang
- Unsalted butter dan sedikit minyak zaitun
Kaedah
- Masak sekejap daging itik panggang, tak perlu masak lama kerana ia telah pun disalai.
- Ketepikan daging itik tadi.
- Kemudian panaskan butter bersama sedikit minyak zaitun hingga butter cair.
- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Tumis cili benggala dan biarkan layu
- Masukkan sedikit air rebusan pasta tadi .
- Tambah 1 ketul kiub ayam yang telah diramas.
- Tambah sedikit garam dan kemudian masukkan pasta spaghetti.
- Kacau hingga rata dan sehingga pasta sebati dengan semua perasa.
- Masukkan daging itik dan tambah air jika ia terlalu kering.
- Tutup api bila semua bahan dah sebati.
- Tabur daun pasli dan serbuk keju parmesan jika anda suka.
- Siap!
Roasted duck ini boleh dibeli di market ia dijual dalam bungkusan kecil dan mempunyai beberapa potong daging. Ia adalah hirisan daging itik yang telah disalai jadi ia mempunyai aroma yang sangat sedap, jika direstoran spaghetti roasted duck ni agak mahal jadi anda dapat berjimat jika buat sendiri masakan ini. Oleh itu diharap resepi ini dapat membantu anda menyediakan makan malam untuk keluarga anda. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.