Resepi Spaghetti Dari Insta Famous Gigi Hadid
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi pasta yang telah dikongsi oleh seorang blogger dan insta famous terkenal bernama Gigi Hadid.Pasta ini menggunakan bahan-bahan yang sedikit berbeza tetapi ia tetapi menghasil akan rasa yang enak, diantara bahan-bahan yang digunakan ialah pes tomato yang memberi rasa yang menarik itu.Resepi ini bagaimanapun telah diubah suai sedikit mengikut citarasa saya sendiri oleh itu bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini berikut adalah bahan bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 2 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- ½ cawan pes tomato
- 1 cawan cooking cream
- 2 sudu kecil chilli flakes
- 2 sudu kecil parsli
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil garam
- 1 ketul kiub pati ayam
- 2 cawan pasta (yang telah direbus)
- 1/2 cawan parmesan
- 2 sudu besar butter
Kaedah
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit olive oil sehingga naik bau.
- Masukkan pes tomato dan kiub pati ayam,kacau.
- Masukkan cili, cooking cream, chilli flakes dan lada hitam.
- Tambahkan dengan garam dan secukup rasa, kacau sehingga sebati.
- Masukkan pasta, parmesan dan butter.
- Kacau sehingga sebati.
- Siap untuk dihidangkan.
Sebagai menambah perisa, resepi ini menambah krim dan juga serbuk keju parmesan. Ini memberi rasa yang lebih lemak dan sedap.Resepi ini menggunakan spagetti angel hair namun anda juga boleh manggunkan pasta spagetti biasa. Sesuai bagi anda yang kesibukan dan hanya sempat makan malam sahaja dirumah kerana masakan mudah untuk disediakan. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.