Koleksi Resepi Sotong Pasti Memikat Selera Anda

Siapa sahaja kan yang tak suka dengan makanan seafood salah satunhya adalah sotong. Tapi kalau kita makan di kedai harga agak “keras” sikit. Jadi masak sendiri di rumah adalah salah satu cara yang terbaik. Sotong sinonim dengan masak tepung, dek kerana kerangupanya itu buatkan ramai yang suka.

Tapi tahukah anda sebenarnya banyak lagi resepi sotong yang anda boleh cuba sendiri. Paling penting sedap dan mudah. Tidak lah bosan kan selalu masak resepi yang sama. Jika anda mencari resepi sotong dengan pelbagai cara masakan, ini untuk anda!

1. Resepi Sotong Kari Pekat (Tanpa Santan)

Buat penggemar kari, anda rugi jika tak cuba resepi kari sotong pekat ini dari Nurul Ateekah. Dapat tekstur kuah yang pekat dan bukan sahaja sedap makan bersama nasi malah boleh cicah bersama roti.

Bahan-bahan

  • 1 kilo sotong (dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 3 ulas bawang putih(dihiris)
  • 1 cm halia(dihiris)
  • 3 sudu perahan asam jawa
  • 1 buah tomato(dibelah 6)
  • Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
  • Minyak masak secukupnya
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 7 sudu besar Serbuk Kari ikan
  • Sedikit air

(Jadikan paste)

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari masak sehingga sedikit keperangan.
  2. Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau).
  3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap.
  4. Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masakkan seketika.
  5. Akhir sekali ,masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa, boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan, tunggu sedikit kering dan tutup api.
  6. Siap dihidang.

2. Resepi Sotong Phat Phet Ala Thai

sotong masak thai

Masih lagi resepi dari Nurul Ateekah, kali ini resepi sotong masak phat phet ala Thai. Rasa masam, manis pedas cukup serasi. Jika anda peminat makanan Thai wajib cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  • 500gram sotong (dicuci bersih)
  • 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
  • 5 batang cili padi merah (dipotong)
  • 1 labu bawang merah (dipotong)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • 4 helai daun limau purut
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
  • 2 sudu besar sos ikan
  • ½ sudu kecil serbuk perasa
  • Garam (jika perlu)
  • Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

Bahan kisar

  • 4 batang cili merah
  • 4 batang cili hijau
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit air

Cara Penyediaan

  1. Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
  2. Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
  3. Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
  4. Kemudian , masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali , masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.

3. Resepi Sambal Cili Api Sotong

Buat penggemar makanan pedas, rugi jika anda tak cuba resepi dari Wani Sulinan ini. Cukup mudah nak buat. Makan pula bersama nasi panas. Memang sedap.

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Ciliapi kg merah dan hijau
  • Halia 3 inci
  • Kunyit hidup 2 inci
  • Bwang merah dan putih
  • Serai sebatang (ketuk bagi pecah)

Cara penyediaan

  1. Tumbuk smua bahan di atas kecuali sotong.
  2. Tumis sampai garing bahan tumbuk dan masukkan sedikit air asam jawa masukkan serai sekali.
  3. Masukkan sotong dan perasakan garam dan gula secukupnya.

4. Resepi Sambal Sotong Kembang

Sotong kembang memang sinonim dengan hidangan berasaskan sambal. Memang sedap tau. Jika anda peminat sotong kembang, jom baca resepi ini dari Har Ryea.

Bahan-bahan

  • 3 ekor Sotong, bersihkan (rebus sekejap. Air dah mendidih padam api biarkan seminit dua dan toskan)
  • 6 -7 sdb cilikering kisar (rebus dulu)
  • 2-3 sdb Bawang Besar kisar
  • 1 sdb Bawang Putih kisar
  • 1 sdb Halia kisar
  • 1-2 biji Bawang Besar hiris kasar
  • Seketul kecik gula melaka
  • 1 sdk pes asam jawa Adabi
  • Garam & Ajinomoto
  • Sedikit Gula Pasir
  • Semangkuk kecil kacang tanah (goreng & kisar sdikit kasar)

Cara penyediaan

  1. Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar goreng sampai sedikit garing.
  2. Masukkan bahan kisar ratakan sekejap.
  3. Masukkan cili kering kisar, ratakan masukkan gula melaka dan tumis.
  4. Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata & biarkan hingga naik minyak.
  5. Boleh masukkan sotong gaul rata masukkn kacang tanah goreng yang dah dikisar kasar.
  6. Masukkan sedikit air, gaul lagi boleh tambah kacang tanah jika nak.
  7. Masak hingga sambal naik minyak & wangi selalu kacau supaya sambal tak hangit.

5. Resepi Sotong Goreng Tepung

Lauk yang simple memang sedap. Siapa sahaja yang tak suka dengan hidangan sotong masak tepung ini, cicah pula bersama sos cili memang sedap. Lagi rangup lagi sedap bila di makan. Resepi ini dari Faz Linda Tajuddin.

Bahan-bahan

Bahan A

  • Tepung bistari
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Sedikit garam
  • Serbuk kari dalam 1 sudu
  • Gaul sebati ke semua bahan A ni

Bahan B

  • Telur ayam sebiji atau lebih
  • Ciili kisar 1 atau 2 sudu (ikut kepedasan)
  • 1 sudu kecil serbuk perasa maggie (optional)
  • Ambil 3 atau 4 sudu tepung yang di gaul (bahan A). Kacau rata semua bahan B

Cara penyediaan

  1. Ambil sotong celup ke dalam bahan b kemudian letak sotong yang di celup tadi ke dalam bahan A.
  2. Gaul sotong ke dalam tepung sehingga bersalut cantik dan boleh terus digoreng.
  3. Pastikan minyak banyak dan panas.

6. Resepi Sotong Steam Ala Thai

Resepi sotong steam ala Thai ini sesuai untuk anda yang mengamalkan makanan sihat. Rasa masam pedas cukup sesuai dengan gabungan sotong. Resepi mudah ini dari Nik Nur Adibah Athirah.

Bahan-bahan

  • Sotong
  • Bawang putih
  • Cili
  • Sos Ikan@Kicap Sotong
  • Gula/Gula Kabung
  • Daun & akar ketumbar
  • Garam
  • Kiub Ayam
  • Perahan lemon@limau nipis
  • Sedikit sos tiram

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan sotong , kelar sedikit sotong dan kukus sekejap (jangan lama nanti sotong jadi liat)
  2. Tumbuk akar ketumbar, bawang putih & cili hingga lumat.
  3. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk dan masukkan sos ikan, garam, gula kabung, sedikit kiub ayam, sos tiram, hirisan daun ketumbar dan perahan lemon. Gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air kukusan sotong tadi kedalam campuran sos.
  4. Sejat sotong yang dah siap dikukus supaya tidak terlalu berair, kemudian curahkan sos tadi atas sotong. Taburkan lagi hirisan daun ketumbar atas sotong tadi.

7. Resepi Sotong Goreng Kunyit

Hidangan kegemaran semua orang. Paling mudah nak buat. Sotong masak kunyit ini memang menjadi lauk kegemaran ditambah pula dengan sambal belacan memang tak pandang belakang dah. Resepi ini dikongsikan oleh Azizah Daud.

Bahan-bahan

  • 10 ekor sotong bersihkan potong ikut suka perah sedikit asam limau atau lemon dan sedikit cuka rendam sekejap dalam air bagi sotong tak layu bila goreng. Toskan
  • 10 batang kacang buncis potong ikut suka
  • 1/2 biji karet potong
  • 1 biji Cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji tomato
  • Bahan utk tumis:
  • 5 ulas bawang putih ketuk/ tumbuk
  • 1biji bawang holland potong
  • 1sudu serbuk kunyit kalau ada kunyit hidup lagi bagus

Cara Penyediaan

  1. Panaskan kuali jangan masuk minyak masuk sotong goreng hingga air sotong kering air angkat ketepikan.
  2. Masuk minyak dalam kuali yang sama tumis bawang putih masuk serbuk kunyit kacau rata masuk cili potong sotong tadi garam serbuk perasa sedikit gula jika suka kacau rata.
  3. Masuk lobak, kacang buncis . tomato dan bawang holland kalau nak ada kuah masuk sedikit air. Kacau rata siap boleh hidang.

8. Resepi Sotong Sumbat Tauhu

Resepi sotong sumbat tauhu ini cukup unik, dimasak bersama santan lemak dan rasa penuh berempah. Kalau nak cuba resepi dari Eka Zahra jom baca!

Bahan-bahan

  • 5 ekor sotong size sederhana
  • Air limau nipis secukupnya
  • 400 ml Santan Kelapa S&P
  • 100 ml air
  • 1 helai daun kunyit disimpul
  • 1 btng serai diketuk
  • 4 helai daun limau purut diramas
  • 2 keping tauhu
  • 2 bj telur
  • 1 bj cili merah dipotong dadu kecil
  • ¼ cawan hirisan daun bawang
  • ½ sdk lada sulah
  • Garam dan serbuk pati ayam

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi secukupnya
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit

Cara Penyediaan

  1. Buang kulit sotong dan isi perutnya. Biarkan kepalanya. Basuh dan lumur dgn air limau nipis. Biarkan 30 minit kemudian basuh kembali.
  2. Hancurkan tauhu kemudian campurkan dgn telur, potongan cili, hirisan daun bawang, lada sulah, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
  3. Sumbatkan adunan tauhu ke dalam sotong hingga penuh. Letak kembali kepalanya dan cucuk dengan cungkil gigi untuk menyambung kepala sotong dgn badannya.
  4. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan daun kunyit, serai, daun limau purut. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air, santan kelapa S&P, garam dan serbuk pati ayam secukup rasa. Kacau hingga mendidih.
  6. Kecilkan api dan masukkan sotong. Masak sambil dikacau sekali sekala hingga sotong masak. Angkat dan sedia dihidang.

9. Resepi Sambal Sotong

Sambal sotong ini memang lauk yang ramai suka, ada versi kering dan berkuah. Makan pula bersama nasi panas memang sedap. Jom cuba resepi dari Jimmy Aisy ini.

Bahan-bahan

  • Sotong 500g
  • Cili Kering (dikisar)
  • Bawang merah kecil (dikisar)
  • Bawang putih (dikisar)
  • 1 labu bawang merah besar (dihiris)
  • Asam Keping /asam Jawa
  • Kicap Manis 1 sudu
  • Garam /perasa / gula melaka

Cara Penyediaan

  1. Rendam sotong dalam air panas lebih kurang 5 minit kemudian toskan.
  2. Lepas masuk sotong mesti berair kan? Ok lagi satu sotong tak boleh masak lebih dari 5 minit, untuk elak sotong jadi liat kemudian tumis cili kisar dan bawang putih bawang merah sampai garing pecah minyak.
  3. Masukkan asam keping, kicap manis, bahan perasa gula dan garam, dah ready masukkan sotong dan bawang hiris,, gaul rata dan boleh angkat hidang.

10. Resepi Singgang Sotong Katok Serai

Masakan singgang sangat popular di Pantai Timur. Rugi jika datang sana jika tidak mencuba menu singgang ini. Jom cuba resepi singgang sotong ini, mudah dan berkhasiat. Resepi ini dari Aza Aza.

Bahan-bahan

  • Air
  • Bawang Holland/Bawang Besar
  • Bawang Kecil
  • Bawang Putih
  • Serai
  • Asam Keping
  • Lada Besar
  • Sotong ada telur lagi sedap

Cara Penyediaan

  1. Masuk bahan dalam air kecuali lada & sotong.
  2. Renehkan/gelegak bagi bahan serap.
  3. Akhir sekali baru letak sotong & lada.
  4. Perasakan garam. Nak letak gula skit pun boleh. Sotong baru memang manis dah.

Resepi Menarik Yang Lain

Terima kasih kerana telah singgah di laman web kami untuk rujukan masakan anda. Jangan lupa share dengan yang lain ya! Jom semak resepi yang mudah telah kami kongsikan ini untuk anda.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *