Resepi Smiley Potato Buat Enjoy Rasa Pulak Sedap

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kudapan yang amat sesuai untuk kanak-kanak. Ianya diperbuat menggunakan kentang yang dicampur dengan tepung gandum dan juga tepung jagung. Cara membuatnya amat mudah namun begitu ia memerlukan daya kreativiti anda untuk menghasilkan kentang yang menarik dengan wajah smiley.

Selain daripada bahan-bahan yang ringkas ia juga menggunakan teknik menggoreng dengan minyak yang banyak dan panas bagi menghasilkan smiley yang menarik, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menghasilkan smiley potato ini.

Bahan-bahan

  • 5 biji ubi kentang
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar ‘breadcrumb’
  • Garam secukupnya 
  • Serbuk lada hitam (pilihan)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Buang kulit kentang dan direbus hingga empuk. Toskan.
  • Kentang dilenyekkan sehingga hancur kemudian dimasukkan tepung jagung,  breadcrumb, garam dan serbuk lada hitam. Uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan.
  • Canaikan doh tadi dan tekapkan bulat-bulat menggunakan acuan yang sesuai
  • Guna straw untuk bentuk matanya dan guna sudu untuk bentuk senyumannya.
  • Dengan minyak yang banyak dan panas, goreng sehingga smiley potato ini garing.
  • Tos sebelum dihidangkan.
  • Siap!

Masakan ini boleh dicicah dengan sos cili ataupun mayonis namun begitu ia juga lebih sedap nikmati begitu sahaja. Anda juga boleh menambah serbuk lada hitam atau serbuk kari untuk rasa yang lebih pedas jika anda suka. Terpulang pada citarasa anda dan diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini sebagai hidangan keluarga anda, selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *