Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Shell Cheesetart ( Yang Paling Popular)

author name

📄

Resepi kali ini, ialah sejenis resepi tart yang paling digemari. Ia adalah sejenis pastri yang diperbuat dari butter,tepung gandum, telur dan gula. Pembuatannya juga sangat ringkas, anda tidak perlu menggunakan mesin jika anda ingin membuat satu adunan. Sekadar menggunakan ‘hand whisk’ sahaja sudah mencukupi.

Lazimnya tart digunakan sebagai dasar atau bekas untuk diletakkan inti. Inti yang boleh digunakan didalam tart adalah seperti daging ayam, buah-buahan ataupun jem. Hari ini Madam akan bawakan resepi ‘tart shell’ yang sesuai diletakkan cream cheese dan berintikan blueberry yang Madam buat sendiri.

Baiklah, mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Shell Cheesetart ( Yang Paling Popular)

Bahan-bahan

  • 250gm butter suhu bilik
  • 100gm gula ising
  • 500gm tepung gandum
  • 1bji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla 
  • 1sudu besar air sejuk  

Kaedah 

  • Mula-mula pukul butter dengan gula ising menggunakan hand whisk sahaja. Pukul hingga ia pucat.
  • Tambahkan kuning telur dsn esen vanila, kacau lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan air sejuk 1 sudu besar.
  • Bentuk doh seperti bebola dan picit didalam acuan tart dan cucuk dasarnha dengan garfu.
  • Bakar pada suhu 25 minit pada suhu 170c

Selepas siap, jangan lupa untuk simpan ia didalam bekas kedap udara. Untuk acuan, anda boleh dapatkan ia dari kedai-kedai pembekal barangan bakeri ataupun secara online.Resepi ini bukan sahaja ringkas tetapi juga sangat sedap. Jika anda ingin makan begitu sahaja pun ia sudah cukup sedap. Untuk intinya anda juga boleh menggunakan strawberi jem. Anda juga boleh menggunakan kastad krim dan tambahkan buah-buahan untuk kelainan.

Jadi cubalah resepi ini jika selama ini anda tercari-cari resepi cheese tart, kerana resepi ini benar-benar menghasilkan ‘shell tart’ yang sedap. Jangan lupa like dan share agar dapat dimanafaatkan orang lain. Selamat mencuba!

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *