Resepi Seaweed Goreng Snek Sihat Mesra Keto
Resepi kali ini merupakan resepi mudah untuk menyediakan snek rendah karbo dan kalori dan sesuai bagi mereka yang sedang berdiet untuk menjaga badan. Bahan yang digunakan ialah seaweed iaitu bahan utama dalam penyediaan sushi. Seaweed adalah sejenis rumpai laut yang banyak digunakan oleh masyarakat Jepun dan Korea dalam masakan mereka. Ianya sihat kerana tinggi pottasium dan juga serat.
Baiklah berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 bungkus seaweed yang biasa digunakan untuk sushi.
- Minyak masak secukup
Kaedah
- Potong seaweed kepada 6-8 bahagian
- Panaskan minyak dan goreng seaweed
- Bila ia dah kembang segera alih dan toskan.
- Siap!
Jika anda suka pada rasa pedas anda boleh taburkan lada hitam ajinomoto yang boleh didapati dikedai. Namun untuk mendapatkan hidangan yang sihat dan berkhasiat kurangkanlah penggunaan garam dan msg dalam masakan kita. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.