Resepi Sambal Belacan Mak Montua Den Pedas Berapi!

Resepi ini merupakan satu lagi resipi yang saya dapat daripada keluarga mertua saya. Saya masih ingat bagaimana arwah ibu mertua saya menyediakan sambal belacan ini bila-bila masa dia teringin. Oleh kerana kedudukan rumah allahyarham dikampung, amat mudah untuk mencari cili api dan ulam-ulaman. 

Penyediaan sambal belacan ini amat ringkas dan ia juga menggunakan bahan yang amat minima. Cili api yang digunakan didalam resepi ini ialah cili api burung dimana saiznya lebih kecil namun rasanya amat pedas. Itulah kata orang kecil kecil cili padi, kerana saiz cili tidak padan dengan rasa pedas berapinya. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Satu genggam cili api burung.
  • Dua ulas cili merah. 
  • Satu inci belacan yang dibakar.
  • 3-5 biji limau kasturi 
  • Garam,gula dan serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan semua bahan. 
  • Tumbuk cili api dan cili merah sehingga lumat kemudian tambahkan belacan. 
  • Tambahkan garam dan gula serta serbuk perasa. 
  • Kacau semua bahan menjadi sebati dan akhir sekali masukkan limau kasturi yang diperah. 
  • Anggarkan sendiri rasa masam yang mengikut citarasa anda.
  • Siap!
Makan dengan ulam-ulaman.
Cili api burung.
Image via Google
Nak tambah tomato pun sedap.

Pilihan belacan akan memberi rasa yang berbeza, gunakan belacan yang berkualiti serta yang masih segar. Pastikan belacan tersebut dibakar dahulu sebelum digunakan walaupun ada juga orang yang menggunakan belacan tanpa dibakar lebih awal ini kerana belacan yang digunakan ialah jenis baik. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *