Resepi Roti Sosej Cheese Breakfast Ringkas Sedap
Resepi ini merupakan resipi yang agak lama telah digunakan namun mulai tenggelam dengan pelbagai resepi yang terdapat banyak di medsos abad ini. Resepi ini perna popular suatu masa dahulu kerana penyediaannya yang mudah dan rasanya yang sedap.Ia popular kerana ia keluar TV sebagai iklan mempromosikan 1 jenama cheese dan saya masih ingat lagi dutanya masa itu ialah penyanyi dan pelakon hebat Amy Mastura. Roti cheese dengan sosej ini sangat ringkas tetapi sangat sedap,baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- Roti putih 2 keping
- 1 batang sosej (celur atau rebus sebentar)
- 1 keping cheese mozzarella atau cheddar
Kaedah
- Letak sekeping roti dan kemudian tambah sosej yang dibelah dua.
- Tambah sekeping cheese diatas sosej tadi.
- Tutup dengan sekeping lagi roti dan dalam kuali panaskan sedikit butter dan grill roti tadi serta tutup supaya cheesenya cair.
- Alih dan bila kedua-dua belah roti dah garing bolehlah dihidangkan.
- Siap!
Untuk menyediakan masakan ini perlu ada keju slice dan anda boleh menggunakan samada keju moza ataupun cheddar.Jika anda malas rebus sosej anda boleh terus guna yang keluar dari plastik cuma kadangkala rasanya sedikit kurang. Hidangan ini sesuai dijadikan sarapan pagi dan ia amat digemari anak-anak. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.