Resepi Roti Jala Jelita Inovasi Ciptaan Kreatif Sesuai Hadiah

Resepi berikut ini pernah menjadi viral suatu masa dahulu. Roti jala jelita adalah sejenis roti jala yang biasanya menjadi hidangan ketika sarapan pagi. Ia amat popular boleh dikatakan seluruh negara dan dikenali ramai. Pembuatan roti jala amat mudah dan biasanya ia dihidang bersama kuah kari. Tetapi perkongsian kali ini membawa pada anda cara membuat roti jala jelita yang lebih berwarna dan dihiasi cantik. Biasanya ia digunakan sebagai hantaran ataupun dalam sambutan majlis. Jom kita tengok resepinya.

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 bij telur
  • 1 tbsp minyak
  • 1 tbsp gula
  • 3 tbsp susu cair

Kaedah

  • Campurkan semua bahan kecuali air dan kemudian kisar dengan blender.
  • Air tambah sedikit demi sedikit hingga kisaran bancuhan ini mendapat pusaran dibahagian tengahnya.
  • Pusaran ini timbul bila air mencukupi, jadi pastikan air tidak terlebih atau terkurang.
  • Selepas itu tapis bancuhan ini sebelum tambah pewarna.
  • Saya bahagikan adunan ini dalam mangkuk baru tambah pewarna yang disukai.
  • Masukkan dalam botol supaya mudah untuk menjala.
  • Guna api kecil sahaja supaya ia tidak hangit.
  • Hidang bersama kuah kari atau kaya, hias roti jala ikut kreativiti.
  • Siap!

Untuk mendapatkan warna yang cantik gunakan pewarna jenama yang baik,ketika kisar bancuhan ini pastikan anda dapatkan pusaran kecil dibahagian atas kisaran. Anda boleh tambah sedikit demi sedikit air. Untuk mudah kerja membuat roti jala yang jelita dapatkan botol bermuncung lima. Sentiasa gunakan api yang sederhana atau kecil sahaja kerana pembuatanya memang memerlukan tumpuan supaya ia tidak hangit dan warna kekal cantik. Selamat mencuba! 

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain