Resepi Roti Hemlet Kaya Guna 4 Bahan Je

Resepi kali ini merupakan sejenis resepi yang berasal dari Kelantan,ia menggunakan  roti hotdog yang dicelup dengan telur kemudian disapu dengan kaya sebelum dihidangkan. Masakan ini amat mudah untuk disediakan tetapi sangat sukar untuk didapati dinegeri sebelah Selatan atau di Kuala Lumpur sendiri. Oleh itu bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati dikedai berdekatan anda.

Bahan-bahan

  • Roti hotdog dibelah 2 (jangan sampai putus)
  • Kaya
  • Butter
  • Telur
  • Sapu roti dengan butter.
  • Pecahkan telur dan kacau guna garfu.
  • Cairkan sedikit butter dan masukkan sedikit telur tadi.
  • Terus tutup dengan roti dan biarkan ia masak.
  • Alih dan sapu dengan kaya.
  • Siap!

Masakan seperti ini bukan sahaja sedap tetapi juga amat mudah untuk disediakan,bahan yang digunakan juga sangat minima.Hidangkan ia diwaktu pagi sebagai sarapan pagi atau hidangkan disebelah petang sebagai santapan minum petang. Pastikan anda menggunakan butter yang berkualti untuk mendapatkan rasa yang lebih premium. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *