Resepi Roti Boi Guna Roti Putih Senang Nak Buat Tapi Sedap
Resepi kali ini merupakan resepi roti yang diubahsuai menjadi lebih mudah. Roti boy adalah roti bun berintikan butter dan dibahagian atasnya dihias dengan adunan gula, butter dan telur. Hiasan ini lah yang menjadikan ia sangat sedap dan digemari. Namun perkongsian kali ini kita tidak menggunakan bun sebaliknya roti putih dimana ia lebih mudah untuk disediakan. Jom kita tengok bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Roti gardenia
- Pure butter potong kiub
Bahan topping
- 100g butter
- ¼ cawan gula aising
- ¼ cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1tsp/1 sachet nescafe gold
Kaedah
- Mula- mula pukul bahan topping, kacau dahulu gula aisng bersama 100g butter.
- Bila dah sebati masukkan telur dan akhir sekali masukkan tepung gandum.
- Kacau semua bahan hingga kembang dan bila dah sebati masukkan dalam aising bag.
- Semenetara itu masukkan kiub butter dalam 2 keping roti gardenia dan apitkan.
- Paip bahagian atas roti dengan bahan topping yang telah disediakan.
- Bakar guna air fryer atau oven hingga bahan topping mencair.
- Biarkan sedikit sejuk sebelum dihidang
- Siap!
Roti boi ini paling sedap dimakan sejurus ianya siap dibakar tapi biar sekejap kerana topping diatasnya akan mulai garing selepas beberapa minit dibakar. Inti butter didalamnya boleh diubah mengikut selera ada juga orang yang letak jem, terpulanglah. Kalau nak lebih sedap gunakan butter yang premium seperti jenama Anchor unsalted ataupun jenama Lurpak kerana rasanya sangat berbeza berbanding jika anda gunakan buttercup contohnya. Gunakan roti putih juga dari jenama Gardenia kerana ia lebih tebal dan lembut untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.