RESEPI ROJAK MEE KELANTAN

RESEPI ROJAK MEE KELANTAN
.
>>>Bahan Kuah Rojak Mee:
– keledek 4 – 5 ketul
– manisan siam *kecil* 4 keret(kalau guna manisan kampung yang lebih besar kurangkan sukatan)
– sedikit garam *secukup rasa*
– cili kering dimesin
– air asam jawa
.
.
>>>Cara membuatnya:
= Ubi keledek 4 – 5 ketul direbus kemudian ambil 3 ketul untuk buat kuah *asingkan selebihnya untuk bahan hiasan rojak*.
= Tumbuk lumat2/mesin dalam food processor. Campurkan dengan air masak sebelum ditapis pati keledek. Tapis hanya jika beli keledek yang berhampas. Kalau beli keledek yang gebu dan tak berhampas, tidak perlu ditapis.
= Masak tanpa minyak cili kering yang ditumbuk dan kemudiannya air asam jawa.
= Masukkan air dari keledek yang ditapis diikuti dengan manisan dan garam.
= Masaklah sampai kuah rojak cair-cair likat.
.
.
>>>Cara sediakan bahan hiasan atas Rojak Mee:
– Mee kuning – dicelur sekejap
– kacang cambah *taugeh* – dicelur
– timun batang – dihiris halus
– pati kacang *tauhu keping* – digoreng kemudian dipotong dadu
– cucur udang keras – Satukan tepung beras + isi udang dicelur sekejap lalu dipotong dadu + daun kucai + bawang merah yang dimayang + garam + air masak. Bancuh hinggga tiada bahagian yang keras tinggal. Semasa hendak digoreng letakkan seekor udang fresh diatas cucur. Goreng sebagaimana goreng cucur/cekodok.
– ubi kentang – direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
keledek – direbus, dikupas kulit kemudian dipotong dadu
telor – direbus kemudian dihiris 4 atau 6
cili hidup – dimayang halus
– bawang goreng
.
.
>>>Cara menyediakannya:
-Semua bahan hiasan yang dipotong dadu dan dihiris tadi disusun dalam pinggan besar. Susunkan sebelah menyebelah secara berkelompok.
-Hidangkan mee kuning yang dah siap dicelur dan ditoskan dalam pinggan besar.
-Hidangkan kuah rojak mee dalam satu mangkuk besar.
-Dah siap…. bolehlah menjamu selera sekarang… 🙂

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *