Resepi Puding Roti Brownies Guna Lebihan Roti Yang Tak Habis Tu
Resepi puding coklat kali ini disediakan menggunakan roti putih. Ia amat sesuai digunakan bila ada lebihan roti yang tidak habis. Penyediaannya juga amat mudah dan ia amat digemari terutamanya oleh golongan kanak-kanak dan orang tua kerana ia amat lembut. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah serbuk agar-agar, serbuk koko,roti dan juga susu. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah.
Bahan-bahan
- 4 keping roti putih
- 1 kotak (1liter) susu coklat
- 1 cawan gula pasir
- 5tbsp serbuk koko
- 1/2 cawan dark chocolate coin
- 1 serbuk agar-agar
- 1tsp garam
Kaedah
- Kisar semua bahan dan masak hingga mendidih
- Selepas itu bolehlah masukkan kedalam acuan yang sesuai .
- Bila adunan ini tidak lagi panas baru boleh simpan dalam peti ais semalaman
- Sebelum hidang taburkan sedikit serbuk koko atau nak sedap guna serbuk milo.
- Siap!
Dalam penyediaan puding ini serbuk agar-agar diperlukan untuk mempercepatkan proses beku puding. Adunan ini menghasilkan puding yang sedikit lembut tetapi jika anda ingin tekstur yang lebih padat anda boleh tambah sukatan serbuk agar-agar tadi.Hidangan ini sesuai dihidangkan sejuk-sejuk untuk menikmati keenakannya. Selamat mencuba
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.