Resepi Popia Seaweed Buat Kudap-kudap Sambil Menonton
Resepi kali ini merupakan resepi kudap yang popular terutama menjelang hariraya. Popia seaweed adalah gabungan kulit popia bersama seaweed yang biasa digunakan membuat sush. Cara penyediaan popia seaweed ini amatlah mudah cuma cara mengorengkan ia perlu betul dimana kawalan api amar penting agar ia tidak cepat hangit. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Kulit popia (pilih besar)
- Seaweed
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
Kaedah
- Bentangkan sekeping kulit popia dan sapu dengan sedikit air
- Letakkan sekeping seaweed kemudian sapu dengan sedikit air
- Letak sekeping lagi kulit popia atasnya dan ratakan dengan tangan supaya ia melekat kemas.
- Gunting kecil mengikut saiz yang anda suka dan biarkan ia diudara sebentar sebelum digoreng dengan suhu sederhana agar tidak hangit.
- Toskan minyak dan tunggu sejuk sebelum dinikmati.
Siap!
Untuk lebih mudah, pilihlah kulit popia saiz besar kerana saiznya lebih kurang saiz seaweed. Kalau guna kulit popia saiz kecil anda perlu memotong-motong seaweed yang menyebabkan kerjanya sedikit leceh. Apapun resepi ini amat berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.