Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Nutella Pod Mewah Terasa Buat Sendiri Lagi Sedap

author name

📄

Resipi ini merupakan resipi biskut yang dikira kan masih baru di dalam di kalangan masyarakat kita. Nutella merupakan salah satu medium masakan terbaru yang diimport dari luar. Ianya merupakan sapuan bercoklat yanh diperbuat dari kacang hazel. Namun disebalik harganya yang mahal ia mendapat permintaan yang tinggi dikalangan peminat pastri.

Berikut adalah perkongsian resepi nutella pod yang sangat sedap ini.

Bahan basah

  • 250g butter
  • 100g gula castor
  • 1tsp esen vanilla
  • 1 biji kuning telur

Bahan kering

  • 350g tepung gandum
  • ½ tsp emplex
  • ½ tsp baking powder
  • 1tbsp tepung kastad
  • 50g tepung almond (ground almond)

Inti

  • Nutella spread
  • Kacang badam nib (siap bakar)

Kaedah

  • Mula-mula pukul bersama butter dan juga gula hingga pucat.
  • Kemudian tambah esen vanila dan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati.
  • Gaul bersama semua bahan kering dan campur dengan bahan basah tadi.
  • Terus uli hingga ia menjadi doh yang tidak melekat pada jari lagi.
  • Bentukkan doh menjadi bulat kecil saiz guli.
  • Kemudian guna alat yang sesuai untuk buat lubang dibahagian tengahnya
  • Tambah nutella dibahagian tengah dan hiasi tepinya dengan kacang almond.
  • Bakar pada suhu 170c selama 25 minit.
  • Siap!

Untuk meningkatkan rasanya agar lebih mewah gunakan pure butter kerana ia memberi aroma dan rasa yang lebih sedap. Kacang badam dibahagian tepi biskut a adalah sekadar hiasan, tiada pun biskut tetap sedap. Cubalah!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.