Resepi Nuget Ayam Homemade Rupanya Lagi Sedap Dan Berbaloi
Resepi berikut merupakan resepi nuget ayam yabg sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Walaupun kebiasaannya nuget segera dibeli dipasaraya kerana ia lebih mudah disediakan namun sebenarnya nuget ayam sangat mudah disediakan dan ia menggunakan bahan-bahan yang minima sahaja, malah anda dapat memastikan isi ayam yang sebenar digunakan.
Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 1 mangkuk isi ayam
- 1tsp serbuk bawang
- 1tsp serbuk putih
- 1tsp serbuk halia
- 1tsp serbuk lada hitam
- 1tsp serbuk paprika
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
Bahan salut
- Telur 1 biji (pukul sedikit)
- Serbuk roti/Psyllium husk (versi sihat)
Kaedah
- Kisar kering semua diatas
- Bentukkan mengikut citarasa
- Celup dalam telur dan kemudian salut dalam serbuk roti
- Goreng tenggelam dengan minyak yang cukup
- Tos sebelum dihidangkan
Bagi versi sihat nuget disalut dengan phylium husk untuk memberi rasa rangup tetapi rendah karbo. Apapun pilihan anda pasti resepi ini berbaloi dan lebih sihat untuk disediakan kepada keluarga anda.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.