Resepi Nasi Kambing Bakar Mengancam Selera!
Resepi yang dikongsikan kali ini merupakan resepi lamb chop yang diubahsuai bagi menepati selera orang kita. Lamb chop lazimnya dijamu bersama sos lada hitam,salad dan juga roti bakar atau mashed potato. Manakala resepi ini akan menggunakan daging kambing dibakar dan dimakan bersama sambal kicap dan nasi panas.
Rasanya amat sedap, dan ia juga telah menjadi menu istimewa di beberapa restoran. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-Bahan Kambing Bakar:
- 3 ketul kambing
- 3 tbsp kicap lemak manis
- 2 tbsp sos tiram
- 3 tbsp sos lada hitam
- 3 ulas bawang Putih
- 1/2 inci halia
- 1 ketul kiub ayam
- 1 tsp mix herbs
- 1/2 tbsp gula
Kaedah
Kambing bakar
- Tumbuk atau ketuk kambing.
- Tujuannya untuk mendapatkan kambing bakar yang lembut setelah dibakar.
- Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan gaul rata pada kambing.
- Boleh tambah atau kurangkan bahan-bahan mengikut selera masing-masing.
- Perap kambing sekurang-kurangnya 1 jam. Lagi lama perap lagi sedap.
- Bakar kambing selama 20-30 minit pada suhu 160ºC bergantung kepada oven masing-masing atau sehingga masak.
- Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu.
Bahan-Bahan Sambal Kicap
- 4 ulas bawang putih
- 10-12 Cili Padi
- Kicap lemak manis
- Sedikit cuka
- Garam
Kaedah
- Goreng bawang putih dan juga cili padi dengan sedikit minyak sehingga layu.
- Tumbuk bawang putih dan cili tadi sehingga lumat.
- Masukkan kicap, cuka dan garam secukup rasa.
- (Cuka boleh digantikan ngan air limau kasturi ataupun air asam jawa.)
- Tuang sambal kicap ke atas kambing yang telah dibakar tadi.
- Sedia untuk dinikmati.
Bahagian yang digunakan ialah bahagian lamb chop yang dijual beku. Ianya jauh lebih murah dan mudah didapati. Sesuai dijadikan hidangan terutama ketika majlis BBQ atau makan malam. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.