Resepi Lemak Labu Daun Salang Sayuran Kampung Yang Rare
Resipi kali ini menggunakan sejenis sayur yang boleh didapati di kawasan Kamunting Taiping Perak. Kunjungan saya baru-baru ini ke sana pertemukan saya dengan sayur salang ini ataupun pucuk daun salang. Menurut orang yang di sana mereka menggunakan daun salang ini seperti mana yang kita menggunakan sayur bayam ataupun sawi. Ini kerana apabila dimasak ianya menjadi sangat lembut dan sedap. Ujar mereka lagi daun salang juga mereka tambah dalam mee goreng ataupun masakan maggi, bagaimana pun kali ini saya gunakan daun salang bersama dengan buah labu dalam masakan lemak. Baiklah berikut adalah bahan-bahan
Bahan-bahan
- Buah labu ( bersihkan dan potong baji)
- Pucuk daun salang
- 1 biji bawang besar potong baji
- Cili kering 4-5 batang (gunting)
- Santan 1 pek kecil
- Garam dan cukup rasa maggi
Kaedah
- Bersihkan daun salang dan ketepikan.
- Bersihkan labu dan potong baji
- Belah 4 bawang besar
- Gunting pendek cili kering (tak perlu rebus)
- Letak semua bahan dalam periuk kecuali santan dan daun salang.
- Rebus hingga buah labu separuh empuk barulah masukkan santan
- Sebelum santan menggelegak masukkan daun salang dan masak hingga daun salang empuk
- Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa.
- Siap!
Masakan ini paling sedap dimakan bersama nasi panas dan juga sambal belacan. Ini kerana buah labu agak manis tetapi daun salang sangat sedap dan memepunyai sedikit rasa seperti pucuk manis. Namun begitu anda perlulah berkunjung ke Kamunting Taiping kerana saya tak pernah jumpa daun salang di sekitar Lembah Klang ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.