Resepi Lemak Cili Api Telur Itik Dengan Belimbing Buluh Berapi
Resepi kali ini merupakan masakan dari negeri sembilan yang amat digemari oleh perlbagai lapisan masyarakat. Ia adalah masakan berasakan santan, cili api dan kunyit, bahan-bahan ini dikisar kemudian digabung didalam periuk dan ditambah dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam,ikan atau daging. Namun perkoingsian kali ini akan mwmbawakan resepi lemak cili api menggunakan telur itik bersama belimbing buluh.
Belimbing buluh adalah sejenis belimbing yang lebih kecil dan mempunyai rasa yang lebih masam. Amat sesuai digandingkan dengan telur itik, bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 5 biji telur itik (rebus secara berasingan dahulu)
- 1 genggam cili api
- 1 inci kunyit hidup
- 1 pek kecil santan
- Asam keping
- Semangkuk belimbing buluh (hiris-hiris)
- Kisar cili bersama kunyit hidup hingga halus.
- Masukkan kedalam periuk
- Kemudian masukkan separuh santan bersama 11/2 cawan air.
- Tambah asam keping dan kacau hingga mengelegak.
- Tambah garam dan serbuk perasa.
- Masukkan belimbing buluh dan masak hingga rata semya bahan.
- Tambah baki santan dan kacau lagi.
- Akhir sekali masukkan telur yang telah direbus asing tadi.
- Siap
Masakan lemak cili api ini perlu sentiasa dikacau agar santannya tidak pecah, jika pecah santannya kuah akan kurang menarik. Bagi menaikkan lagi rasanya cuba guna cili api burung yang amat kecil tetapi sangat pedas. Ianya boleh didapati dipasar tani yang menjual barangan sayuran kampung. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.