Resepi Laici Shake (Sedap Lain Macam)
Resepi berikut merupakan sejenis resepi minuman yang sedap terutama ketika cuaca panas. Biasa kita dengar mango shake, coconut shake tapi rupanya laici pun sedap bila dibuat shake. Menggunakan laici dalam tin, dikisar bersama tiga jenis susu dan ditambah pula ketulan ais minuman pasti akan memikat hati anda dengan kesyahduannya.
Bagi anda yang suka minuman berasakan laici, tentu ingin mencuba resepi ini. Ianya mudah disediakan, bahannya pula mudah ditemui. Oleh itu kali ini Madam akan kongsikan resepi dan cara untuk menyediakan laici shake ini.
Resepi Laici Shake
Bahan-bahan
- 15 buah laici dlm tin
- 250ml susu segar
- 100ml susu cair
- 1.5 sb susu pekat
- 200ml air laici dlm tin
- 3 skop aiskrim vanila
- Ketulan ais
Kaedah
- Kisar semua bahan hingga halus.
- Tuang kedalam gelas dan tambah ketulan ais.
- Siap, sedia untuk dihidangkan.
Bagi anda yang kurang gemar minuman yang terlalu manis, anda boleh abaikan susu pekat, sebaliknya tambah sukatan susu segar atau susu cair. Begitu juga jika anda tidak suka aiskrim vanila anda boleh abaikan ia juga. Diharap anda sudi mencuba resepi ringkas tetapi sedap ni ya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.