Resepi Krim Puf (Murah Dan Mudah Sesuai Niaga)

Krim puf atau nama englishnya ‘cream puff’ adalah sejenis hidangan pemanis yang berasal dari Perancis. Ia dikatakan sejenis manisan mewah. Ia adalah sejenis pastri yang rangup diluar tetapi kosong didalamnya.

Sebelum adunan ini dibakar, adunan ini perlu dimasak terlebih dahulu. Telur ditambah ketika adunan ini masih panas dan berasap. Keunikkan teknik ini menghasilkan sejenis ‘puff’ yang rangup. Apabila ia diisi dengan krim pastri yang lazat, ia akan menghasilkan satu rasa yang sangat lazat.

Krim puf ini sangat terkenaldi caffe- cafe pastri terutama di Perancis, tidak hairanlah kerana krim puff bermula dari sana. Malah kebanyakkan pastri dan dessert berasal dari Perancis.

Kini krim puf mula menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Malah tidak sukar untuk membeli krim puf. Namun jika inginkan kepuasan, apa kata anda cuba sendiri resepi hari ini. Resepi ini Madam guna untuk tempahan juga.

Resepi Krim Puf (Cream Puff)

Bahan-bahan A

  • 100ml air
  • 45 butter

Bahan B

  • 65 g tepung gandum

Bahan-bahan C

  • Telur 2 biji
  • 1 sudu teh esen vanila

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 200c dahulu, sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Kemudian sediakan loyang leper  yang sesuai dan griskan dengan butter. Lapikkan dengan kertas minyak.
  • Mula masak bancuhan.
  • Mula-mula didihkan bahan A , biarkan keduanya benar-benar mengelegak kuat.
  • Kecilkan api, tambahkan bahan B, gaul sehingga sebati. Pastikan didasar periuk timbul satu lapisan nipis. Ia menandakan adunan telah cukup masak.
  • Tutup  api.
  • Alihkan adunan ini kedalam mangkuk pengadun. Mula putar  perlahan mengguna ‘paddle attachment’.
  • Pecahkan telur dan tambahkan esen vanila dan kacau sebati.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi. Tipnya tunggu sehingga adunan telur itu hilang,barulah tambahkan baki telur.
  • Biarkan semuanya sebati dan tambahkan sedikit kelajuan ‘mixer’.
  • Adunan ini akan seperti berat,tipsnya jika diambil menggunakan senduk ia akan jatuh perlahan.
  • Kini bolehlah masukkan adunan ini kedalam beg piping. Sebelum itu letakkan tips bintang (star tip).
  • Bolehlah dipaipkan kedalam loyang yang telah disediakan tadi. Jarakkan antara satu semua lain.Ini kerana adunan ini akan mengembang.
  • Gunakan jari yang basah dan tekan hujung adunan agar ia tidak bertanduk.
  • Spray sedikit apabila kesemua adunan telah habis dipaip.
  • Bakar pada suhu 200c selama 20 minit., atau sehingga adunan menjadi perang dan garing. Jika bimbang ia rentung turunkan suhu pada 180c selepas 20 minit pertama serta bakar selama 15 minit lagi.
Resepi isi krim puff akan menyusul.
Paddle attachment image via Google
Boleh juga dijadikan hidangan pada majlis harijadi.

Krim puf kini siap dibakar, potong bahagian atas dan isi ia dengan inti krim kastad atau krim pastri bila ia sejuk. Resepi akan menghasilkan 10 biji krim puf bersaiz sederhana. Enak dimakan sejuk-sejuk. Pertama kali Madam menikmati krim puf ialah beberapa tahun lalu, disebuah kedai pastri. Sejak itulah Madam belajar sedikit tentang ilmu pastri ini,sehinggalah berjaya menguasai bidang ini.

Resepi ini sebenarnya sangat mudah, jadi jangan takut untuk mencuba. Boleh dijadikan hidangan pada para tetamu nanti. Atau anda boleh cuba resepi kami yang lain. Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *