Resepi Korea Daging Bulgogi Viral Senang Giler Confirm Jadi
Resepi kali ini merupakan antara resepi yang ditiru daripada Korea. Ini kerana ia adalah antara masakan yang mudah dan serasi dengan selera orang kita.Daging bulgogi dimasak menggunakan bahagian daging yang lembut seperti batang pinang.
Daging batang pinang ini perlulah dihiris nipis nipis dan kemudian diperap dengan beberapa bahan yang menyumbang kepada rasanya yang amat sedap. Resepi yang dikongsikan kali ini mempunyai rasa yang hampir sama dengan yang original. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 500g daging lembut dihiris halus
- 1/3 cawan kicap cair
- 1/4 cawan minyak bijan
- 4 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji bawang besar, hiris
- Gula secukup rasa
- Sedikit garam
- Bijan putih
- 1 biji buah pear (sagat halus)
- Campurkan semua bahan
- Perapkan di peti ais selama 1-2 jam.
- Selepas diperap, masak (grill) sehingga masak.
- Sebelum angkat, masukkan hirisan bawang tadi dan biarkan sehingga layu.
- Bila semua sudah masak, tutup api dan sedia untuk dihidang.
- Siap!
Daging bulgogi ini mempunyai rasa yang amat sedap, terutama bila ditambah minyak bijan. Rasanya akan lebih terserlah dengan menggunakan bahan yang betul. Jika anda suka pedas, Daging tambahkan cili api yang dihiris agar memberi lebih kepuasan pada selera kita. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.