Resepi Keto Chocolate Cake Senang Sangat Pasti Lulus
Resepi kali ini merupakan resepi kek coklat yang tidak menggunakan sebarang tepung ataupun gula.Kek chocolate ini adalah resepi yang direka khas untuk mereka yang mengamalkan diet ketogenik, terutamanya bagi mereka yang menghadapi kencing manis ataupun darah tinggi. Walaupun tidak menggunakan gula putih, resipi ini menggunakan gula tiruan yang memberikan sedikit rasa manis. Bagaimana pun penggunaan kacang Badam yang menggantikan tepung memberikan satu rasa unik yang anda harus cuba sendiri. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- 150gm serbuk badam
- ½ tsp baking soda
- Secubit garam pink
- ½ cawan gula eyrthitrol
- 3 biji telur
- 150g butter cair
- 50g serbuk koko
- 150ml air panas
- Campurkan semua bahan A, ketepikan.
- Campurkan bahan C dan ketepikan.
- Kisar bahan B kemudian campurkan dengan bahan C ebelum ditambah bahan A.
- Masukkan kedalam loyang saiz 7” dan bakar pada suhu 160c lebih kurang 30 minit atau sehingga lidi dicucuk kering.
- Hidangkan kek dengan krim putar tawar.
- siap!
Bagi anda yang tidak pernah mencuba kek yang tidak menggunakan tepung seperti resipi ini anda haruslah mencubanya ini kerana walaupun rasanya sedikit berbeza tetapi penggunaan kacang badam yang menggantikan tepung memberikan satu rasa unik tetapi sedap, apa pun diharap anda akan cuba sedi resipi ini dan selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya