Resepi Kepak Ayam Madu Pedas Masak Guna Air Fryer
Resepi kali ini merupakan resepi kepak ayam yang dimasak dengan madu dan dimasak menggunakan air fryer. Resepi ini telah menjadi viral kerana ia sedap dan mudah untuk disediakan. Terutama dikalangan orang kita yang menggemari rasa pedas pedas dan manis, tambahan pula boleh dimasak dengan menggunakan air rfyer yang mana ia kini telah menjadi salah satu alat memasak yang kian popular dikalangan masyarakat global kini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Kepak ayam (potong menjadi dua)
Bahan kisar
- 3 ulas cili merah
- 10 ulas cili api
- 1 ulas bawang besar (saiz medium)
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 3 biji buah keras
- 1 batang serai
- 1 tsp biji ketumbar
Bahan lain
- 2 tbsp sos tiram
- 4 tbsp madu
- 1 tbsp kicap manis
Kaedah
- Tumis bahan kisar dan tambah bahan perisa lain (sos tiram, madu dan kicap)
- Masak hingga cili naik minyak dan tambah sedikit air.
- Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi hingga ia separuh masak.
- Kemudian bakar ayam dengan menggunakan air fryer lebih kurang 15-20 minit.
- Ayam boleh dihidang bersama baki sos madu yang telah disediakan tadi.
- Siap!
Masakan ini sesuai diratah ataupun dimakan bersama nasi panas. Ia mempunyai rasa yang pedas dan manis tetapi jika anda tidak tahan pedas anda boleh menggunakan cili merah sahaja dan kurangkan sedikit sukatan madu. Apapun diharap anda akan mencuba resepi yang amat mudah untuk disediakan ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.