Resipi kali ini merupakan resipi si baldu merah yang sangat popular sejak akhir-akhir ini di negara kita ini. Kek ini unik kerana ia menggunakan serbuk koko dan cuka yang menjadikan ia sedikit berbeza berbanding kek biasa. Namun begitu cara menyediakan kek ini tidaklah sukar tapi rasanya sangat sedap dan menjadi idaman ramai orang. Walaupun kek ini dihiasi menggunakan cream cheese namun begitu tidak bermakna ianya sukar dan mahal kerana banyak pilihan cheese yang terdapat di kedai. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba sendiri resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara yang di perlukan.
Bahan-bahan
- *2 cawan tepung kek/superfine
- *2 sudu besar serbuk koko
- *1 sudu kecil baking powder
- *1 sudu kecil soda bicarbonat
- *1 sudu kecil garam
- 1 cawan buttermilk – resepi di bawah
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan air panas – hana tambah 2 sudu besar lagi
- 2 biji telur A
- esen vanila
- 250g cream cheese @ satu ketul
- 1/2 cawan whipping cream
- 1/2 cawan gula aising
- 1 sudu besar jus perahan lemon
- Sediakan buttermilk – Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit
- Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk,ketepikan.
- Dalam bekas lain atukan gula, minyak dan juga telur dan pukul hingga kembang.
- Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila dan pukul lagi.
- Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati.
- Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
- Tuang didalam loyang saiz 8’ bulat dan bakar pada suhu 160c sekurang-kurangnya 50-60 minit.
- Sejukkan kek sebelum dihiasi
- Untuk topping dan filling, putar semua bahan sehingga sebati.
- Bahagi kek kepada 3 lapisan dan isi inti, bakinya guna untuk dkeo kek.
- Sejukkan lagi sebelum dihidangkan.
Kek red velvet merupakan kek sejenis berat dan ada beberapa resepi yang boleh didapati di internet mahupun buku. Namun begitu resepi ini lebih mudah dan cara membuatnya seperti kek chocolate moist malah ia juga boleh dikukus. Diharap anda akan mencuba sendiri resepi ini, selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.
Leave a Reply