Resepi Kek Pisang Caramel Anak-Anak Pasti Suka
Bagi penggemar Pisang, resepi ini sesuai untuk anda. Resepi kek pisang caramel ini cukup dengan rasa manis gula bergabung pula dengan rasa asli buah pisang. Selalu anda makan kek pisang yang biasa sahaja kan? Sesekali kita ubah resepi yang lain sedikit dengan penambahan bahan yang sesuai.
Rasa karamel yang manis di satukan pula dengan rasa pisang memang sesuai untuk anda yang gemarkan makanan manis. Kek ini juga sesuai dihidangkan apabila tetamu datang takpun untuk anak-anak anda. Pasti mereka sukakanya. Resepi pencuci mulut ini ditulis oleh Kesavan Supramaniam.
Bahan-bahan
- 3biji pisang montel @ cavendish
- 80 gram gula halus
- 120 gram tepung gandum*
- 1 camca teh baking powder*
- 1/4 camca teh soda bicarbonate (disatukan, gaul rata dan diayak)
- 2 biji telur gred A
- 60 gram mentega, cairkan dan biar sejuk
- 1 camca besar mayonnaise
- Secubit garam
Bahan karamel
- 30 gram gula pasir + 1 camca besar air
- 2 camca besar air
- 1 camca teh esen vanilla
Cara Penyediaan
- Panaskan oven pada suhu 170C. lanser tin bulat berukuran 6 atau 7 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak dan lenser juga kertas tadi. Ketepikan. Dalam periuk kecil, masukkan 30 gram gula dan 1 camca besar air. Masak dengan api kecil hingga gula cair dan bertukar menjadi keperangan. Masukkan baki 2 camca besar air dan kacau rata. Sementara itu, kupas 2 biji pisang montel dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk berisi karamel tadi, masak dengan api kecil hingga pisang lembut. Matikan api, sejukkan dan tambah esen vanilla, gaul rata.
- Putar gula, garam, telur dan mayonnaise hingga putih berkrim. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Gunakan spatula untuk menggaul saki baki tepung yang tidak sebati. masukkan karamel pisang tadi dan gaul rata. Tuang mentega cair dan gaul hingga rata dan sebati.
- Tuang dalam tin yang telah disiapkan. Baki 1 biji pisang dihiris dan hiaskan atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar kek selama 50 minit – 1 jam, bergantung pada saiz acuan yang digunakan dan juga oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih di tengah2nya dan jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit sebelum keluarkan dari tin. Sejukkan sebelum dipotong. Selamat mencuba.
Kek pisang karamel ini sesuai dimakan ketika minum petang. Kalau anda tak ada idea untuk minum petang boleh lah anda cuba buat kek ini. Mudah nak buat. Bahan pun tak susah nak cari.
Resepi Menarik Yang Lain
Pelbagai lagi resepi yang ada dan viral untuk anda cuba sendiri. Terima kasih kerana telah singgah di laman kami dan jadikan sebagai rujukan masakan anda.