Resepi Kek Nenas Terbalik Kek Olskol Femes Sampai Sekarang
Resepi berikut ini merupakan antara kek paling popular suatu masa dahulu, ianya banyak dihidang terutama menjelang hariraya malah kerap juga kek ini dijadikan sebagai bahan hantaran perkahwinan. Kek nenas terbalik ini unik kerana nenas diletak didasar loyang kek sebelum ditambah adunan kek butter. Bukan sahaja uni kek ini juga sangat sedap kerana ia lembab dan kurang manis.
Antara bahan yang digunakan ialah nenas didalam tin, buah ceri merah, butter dan buttermilk. Bahan-bahan yang digunakan haruslah premium demi menaikkan rasa kek ini, baiklah bagi anda yang ingin mencuba resepi kek ini berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
Bahagian nenas
- 60g butter (guna pure lebih sedap)
- 140g gula merah
- 2 tsp jus lemon
- 5-4 keping nenas bulat ( dari tin)
- Ceri merah ikut jumlah nenas.
Kaedah
- Mula-mula masakkan butter bersama gula hingga ia mengelegak dan gula mulai larut.
- Padamkan api dan kemudian masukkan jus lemon.
- Tuang ia kedalam loyang bulat saiz 8” dan tambah nenas dan atur rapat-rapat.
- Selepas itu letakkan ceri merah didalam bulatan nenas.
- Dan ketepikan sebentar.
Bahan kek (Basah)
- 175ml buttermilk
- 80ml minyak masak
- 3 biji telur gred AA atau 4 biji telur gred B
- 1 tsp esen vanila
Kaedah
- Campur semua bahan ini dalam satu bekas.
Bahan Kering
- 230g tepung gandum
- 150g gula kastor
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp baking soda
- ½ cawan hawaiian sweet coconut flake
Kaedah
- Ayak semua bahan kering dan kemudian campur dengan bahan basah tadi.
- Dengan menggunakan senduk tuang adunan ini dalam loyang yang telah disediakan tadi.
- Bakar pada suhu 160c selama 40-50minit atau hingga kek masak.
- Kek perlu disejukkan didalam loyang sebelum dikeluarkan, sebaiknya 4-5 jam.
- Sebelum keluarkan kek, sisip pisau dibahagina tepi agar ia dapat keluar dengan lebih sempurna.
- Siap!
Jika anda menggunakan nenas segar anda perlu tambah sedikit masa membakar agar kek masak rata. Apapun jangan lupa mencuba resepi ini terutama bila menjelang hari raya nanti untuk meraikan tetamu anda! Selamat mencuba.
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.