Resepi Kek Coklat Kukus Anti Gagal Confirm Lulus

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi coklat kek kukus yang anti gagal. Sangat senang dan ia sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar buat kek. Cara membuatnya sangat mudah ia tidak memerlukan pengadun ataupun oven. Sebaliknya ia menggunakan teknik mengukus dan cara membuatnya juga sangatlah mudah. Bahan-bahan seperti serbuk koko, susu, gula telur dan tepung adalah antara bahan yang mudah ditemui di kedai berdekatan rumah anda.

Bahan-bahan 

A

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikabornat 
  • ½ tsp garam

B

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 tbsp serbuk nescafe
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat manis

C

  • Telur gred B 2 biji/ gred C 3 biji
  • 1 tsp esen vanila 

Dalam perkongsian kali ini saya menggunakan resepi ini untuk membuat kek hari jadi. Tetapi resepi ini sebenarnya digunakan untuk menghasilkan kek di dalam bekas dadih. Biasanya digunakan untuk buat jualan dan resepi ini juga sesuai digunakan bersama dengan Resepj cheese leleh. Kek ini sangat berbaloi untuk anda cuba sendiri resepinya sebab tersangat lah sedapnya  Selamat mencuba

Resepi Menarik Lain