Resepi Kek Carrot Idea Dari Anna Olson Ubahsuai Ikut Tekak Melayu

Resepi kali ini merupakan resepi kek lobak merah yang menggunakan resepi dari chef baker terkenal iaitu Anna Olson. Penggunaan bahan yang lebih ringkas dan penyediaan yang lebih mudah. Bahan yang digunakan seperti tepung gandum bersama serbuk kayu manis memberi rasa yang lebih menarik. Tambahan pula resepi ini tidak menggunakan sebarang alat seperti mixer sebaliknya ia disediakan mengguna whisk tangan sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

Kering

  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikabornat
  • 2 tsp cinnamon powder

Basah

  • 11/2 cawan minyak masak
  • 5 biji telur gred A
  • 2 cawan gula perang
  • ½ cawan gula putih
  • 2 tsp esen vanila

Bahan lain

  • 3-4 cawan lobak merah siap parut
  • 1-11/2 cawan kacang walnut siap bakar dan cincang

Cream cheese frosting

  • 250g cream cheese
  • 100g butter (pilih unsalted)
  • Air gula/gula aising (ikut manis)

Kaedah

  • Masukkan bahan kering dalam 1 bekas yang besar.
  • Gaul supaya ia sebati dan tidak berketul (ayak lebih baik)
  • Dalam 1 bekas lain campurkan bahan-bahan basah mula dengan minyak kemudian telur, gula dan akhir sekali esen vanila.
  • Masukkan bahan kering pada bahan basah dan gaul hingga sebati.
  • Akhir sekali campurkan lobak merah dan juga kacang walnut.
  • Masukkan dalam loyang 11” dan bakar pada suhu 180c selama 40-60 minit atau hingga kek masak.
  • Untuk buat cream cheese frosting, pukul cream cheese dan butter hingga sebati dan kemudian masukkan air gula atau gula aising.
  • Deko kek ikut citarasa anda bila kek telah sejuk
  • Siap!

Kek lobak merah ini amat sedap dan ia juga tahan lama sekurang-kurang 2 hari pada suhu bilik. Selain dari sedap ia juga amat mudah untuk disediakan dan kebiasaannya kek seperti ini mendapat permintaan tinggi dikalangan orang dewasa yang kurang gemar kek-kek yang terlalu berkrim. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain