Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Kek Carrot Sihat Kurang Gula Pilihan Diet

author name

 Resipi berikut adalah resipi kek carrot yang rendah gula dan sesuai bagi orang yang mengamalkan diet rendah karbor dan rendah gula. Bahan-bahan yang digunakan amatlah ringkas dan teknik pembuatan ini juga mudah di mana ia tidak memerlukan mesin kek. Begitu juga krim cheese yang digunakan tidak manis kerana saya telah menghadkan penggunaan gula di dalam resipi ini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

A

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 tsp baking powder
  • ½ tsp baking soda
  • 1 tsp cinnamon (saya tak letak)
  • ½ tsp garam

  • 3 cawan carrot parut (letak dalam penapis untuk elak ia terlalu berair)
  • ¾ cawan gula perang
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 4 biji telur

Kaedah

  • Masukkan bahan A dalam 1 bekas dan kacau hingga sebati, tak perlu ayak.
  • Gaul bahan B bersama,mula dengan telur dan gula baru masukkan minyak masak dan akhir sekali masukkan carrot yang diparut tadi.
  • Selepas semua bahan B telah sebati baru masukkan bahan A dan kacau hinga adunan sebati.
  • Kalau ada suka boleh tambah kacang walnut tapi pastikan anda bakar dahulu dan cincang kasar.
  • Masukkan adunan kedalam loyang bulat bersaiz 8” dan bakar pada suhu 160C selama 40-50min atau hingga masak.
  • Uji dengan lidi yang dicucuk untuk memastikan ia masak.
  • Sejukkan kek sebelum dihiasi dengan cream cheese.

Bahan cream cheese

  • 250g cream cheese (suhu bilik)
  • 100g pure butter unsalted
  • 3-4 tbsp gula aising (tapis dahulu)

Kaedah

  • Pukul cream cheese dan butter  hingga putih dan sebati.
  • Selepas itu masukkan gula sedikit demi sedikit untuk memastikan manisnya mengikut citarasa anda.
  • Bila cream cheese dah sebati bolehlah anda menghiasi kek anda.
  • Pastikan kek carrot dipotong dua dan letakkan cream cheese didalam dan baki krim bolehlah digunakan untuk menghias bahagian luar kek.
  • Siap!

Walaupun ini tidak menggunakan gula seperti mana sepatutnya tetapi kombinasi carrot dan juga gula perang di dalam resipi ini memberikan rasa yang sedap dan kek juga lembab. Begitu juga cream cheese yang saya gunakan dimana hanya dua sudu besar sahaja gula icing dan ini menyebabkan rasanya sedang sedang-sedang sahaja dan berlemak. Apa pun resepi ini sangat berbaloi untuk anda cuba terutamanya bagi mereka yang sedang diet. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.