Resepi Kek Belimbing Buluh Viral Sedap Tak Masam Langsung

Resipi ini merupakan sejenis resipi kek yang menggunanya mesin pengisar. Namun begitu kek ini telah menjadi viral sejak kebelakangan ini. Terutama ketika musim buah belimbing buluh. 

Kek belimbing buluh ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti telur, tepung, gula dan sudah tentu buah belimbing yang terkenal dengan rasa masamnya. Manakala pembuatannya juga amat senang kerana ia menggunakan mesin kisar dan bukan mesin pengadun seperti kebiasaan membuat kek, baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan kisar

  • 12 biji belimibing buluh
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 4 biji telur gred B
  • 1/2 tsp garam

Bahan kering

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda of bikabornat

Kaedah

  • Kisarkan semua bahan-bahan kisar.
  • Ayak bahan-bahan kering dan campurkan dengan bahan kisar tadi.
  • Masukkan kedalam loyang bulat saiz 8″
  • Bakar pada suhu 160c selama 50 minit atau hingga lidi dicucuk bersih.
  • Sejukkan kek diatas besi redai sebelum dipotong.
  • Siap!

Kek ini walaupun menggunakan belimbing buluh ianya tidak masam langsung. Malah ia mempunyai rasa yang lemak-lemak dan sesuai bagi anda yang tidak pernah mencubanya. Ia juga tahan di simpan beberapa hari terutama jika di simpan di dalam peti ais, oleh itu diharap anda akan mencuba sendiri resipi ini selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain