Resepi Jus Kalamansi (Sedap Menyegarkan)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi minuman yang popular di pasar malam atau bazar Ramadan. Jus kalamansi adalah sejenis minuman yang dibuat dari buah asam boi,jus limau kasturi dan air gula.

Asam boi diperbuat dari sejenis buah asam masin yang dibiarkan kering dan kemudian diproses menjadi asam boi. Asam boi mempunyai rasa yang masam-masam manis, oleh itu ia biasanya dijadikan bahan didalam minuman dan juga jeruk. Namun kali Madam akan kongsikan resepi mudah membuat air jus kalamansi yang pasti memikat hati anda. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Jus Kalamansi (Sedap Menyegarkan)

Bahan-bahan

  • 2 biji limau kasturi (belah dan buang biji)
  • 2 biji asam kecut (asam boi)
  • 2 sudu besar gula (klu suka manis boleh tambah)
  • 1/2 cawan air
  • Ketulan ais

Kaedah

  • Masak air gula bersama asam boi hingga semua bahan sebati,
  • Kemudian biarkan ia suam, kopek isi asam boi dan kisar ia bersama limau kasturi.
  • Masukkan air kedalam gelas dan tambahkan ais.
  • Siap.

Jus kalamansi ini mempunyai rasa yang amat sedap, ia pasti dapat membantu anda menghilangkan haus terutama ketika cuaca panas atau semasa berbuka puasa. Bagi anda yang tidak suka minuman yang terlalu manis, anda boleh anggar sendiri sukatan gula yang anda inginkan. Oleh kerana ia sangat mudah, jangan lupa mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Air Jagung 3 Layer

Resepi Air Soya Cincau

Resepi Air Soda Herbs

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *