Resepi Ikan Siakap Masak Kengsom Nenas Dan Kangkung Asam Pedas Orang Thai

Resepi ini merupakan resipi ataupun masakan berasaskan masakan Thailand. Siakap kengsom adalah masakan rebus yang mempunyai rasa pedas masam,pedas dan  manis. Ianya dimasak bersama dengan sayur kangkung dan ikan siakap. Kiranya hidangan yang lengkap la dimana tak perlu lagi anda masak sayur untuk melengkapkan hidangan anda kerana masakan ini mengandungi sayur kangkung.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1-2 bungkus nenas siap potong (saya beli dikedai buah siap potong)
  • 1-2 ikat kangkung
  • 1-2 batang serai siap ketuk pecah
  • 1-2 tbsp jus limau nipis
  • Air secukupnya

Bahan kisar

  • Cili api merah (utk pedas jika tak guna cili merah biasa)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sedikit belacan (pilihan)
  • 1 tsp serbuk kunyit

Kaedah

Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan tambah lagi air.

  • Biarkn ia mendidih kemdiann tambah serai dan nenas.
  • Masak lagi hingga ia mendidih dan tambah ikan
  • Kemudian tambah asam limau dan garam serta sedikit gula dan secukup rasa.
  • Bila dah mengelegak tambah sayur kangkung dan masak hingga sayur layu dan masak.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  • Siap!

Selain daripada ikan siakap pandai boleh juga menggunakan ikan talapia dimana ianya lebih kerap digunakan  tapi sebab ianya sedikit berbau hanyir jadi saya tukarkan ia dengan ikan siakap dimana ianya lebih sedap. Kalau masakan ini pedas sangat anda boleh tambah gula sikit lagi sebab rasa pedas masam ni paling ngam dengan rasa manis. Apa pun selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya!

Resepi Menarik Lain