Resepi Ikan Sardin Singgang (Masakan Kampung)
Resepi berikut merupakan sebuah resepi yang biasa digunakan ketika waktu makan utama seperti tengahari atau malam. Masak singgang merupakan sejenis masakan popular dari sebelah pantai timur. Namun oleh kerana ia mudah disediakan malah sedap pula ia makin menjadi pilihan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Berikut adalah bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.
Resepi Ikan Sardin Singgang (Masakan Kampung)
Bahan-bahan
- 2 Ikan kembung/sardin segar
Bahan tumbuk
- 2 biji bawang merah
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit
- 10 ulas cili api
- Sedikit lada hitam (pilihan)
Bahan lain
- 1 keping asam keping
- 5 batang bendi
- 1 biji tomato belah 4
- Air
Kaedah
- Mula-mula masukkan bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk pilihan hati.
- Masukkan air dan asam keping.
- Ketika kuah mulai mengelegak, masukkan ikan dan bendi.
- Apabila mengelegak betul, baru masukkan garam dan serbuk perasa.
- Akhir sekali masukkan buah tomato yang dipotong empat tadi.
- Siap.
Bagi anda yang lebih suka asam jawa anda juga boleh abaikan asam keping. Begitu juga selain dari bendi anda juga boleh menggunakan terung telunjuk atau apa sahaja bahan yang anda suka. Dengan itu diharap anda juga akan sudi mencuba resepi ini. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!