Resepi Ikan Keli Masak Getik (Masakan Jawa)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu masakan oranb Jawa. Ikan keli masak getik ini biasanya dihidang sebagai menu utama diwaktu makan tengahari atau makan malam. Resepi ini sememangnya popular dikalangan bangsa Jawa. 

Resepi ini menggunakan ikan keli yang telah digoreng kemudian dicampur dengan kuah yang mirip kuah lemak cili api. Namun sedikit perbezaanya ialah penggunaan cekur dan daunnya. Cekur merupakan sejenis ulam yang agak popular dikalangan orang Jawa. Ia dipercayai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan. Dan kali ini Madam akan kongsikan resepi ini, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Ikan Keli Masak Getik (Masakan Jawa)

Bahan utama

  • Ikan keli 2 ekor

Bahan tumbuk

  • 1 cekak cekur( buahnya dan daunnya)
  • ½ biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi(sukatan mengikut selera)
  • Buah keras 3 biji.

Bahan lain

  • Santan pekat
  • Asam keping sekeping

Kaedah

  • Mula-mula bersihkan ikan keli menggunakan asam limau, garam dan tepung gandum untuk menghilangkan hanyir dan lendir ikan keli.
  • Lumurkan dengan garam sahaja, kemudian goreng sehingga ikan garing, ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah dan putih,buah cekur,buah keras dan cili padi.
  • Tumiskan bahan-bahan tumbuk tanpa menggunakan minyak hingga sedikit garing.
  • Masukkan santan pekat,tambah air jika perlu.
  • Tambahkan asam keping,garam, serbuk  perasa dan sedikit gula jika anda suka.
  • Masak sehingga santan pekat,tutup api.
  • Kemudian gaulkan dengan ikan keli yang telah digoreng tadi.
  • Sediakan untuk dihidangkan.

Bagi anda yang tidak biasa dengan ulam cekur, boleh jadi anda akan berasa sedikit kekok dengan rasanya. Namun begitu rasanya amat sedap dan sesuai bagi anda yang mengemari mencuba resepi baru. Oleh kerana resepi ini agak mudah dan menggunakan bahan-bahan yang ringkas, anda seharusnya mencuba masakan kampung ini. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Ikan Keli Berlada

Resepi Ikan Keli Bakar

Resepi Sambal Goreng Jawa

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *