Resepi Ikan Cencaru Sambal Bakar Air Fryer Sempoi Sangat
Resepi berikut adalah resepi ikan cencaru yang dibakar bersama sambal, ia amat popular dijual digerai-gerai ikan bakar dan sering mendapat permintaan yang tinggi. Dalam perkongsian kali ini bahan yang digunakan amat ringkas dan mudah untuk ditemui. Bahan-bahan seperti cili kisar, bawang merah, bawang putih dan halia amat kerap digunakkan didalam masakan harian dirumah. Cuma untuk mendapat aroma yang lebih sedap guna daun pisang kerana apabila ia digril diatas ia memberi aroma yang sangat memikat selera, namun air fryer lebih mudah. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 3-4 ekor ikan cencaru saiz sederhana ( bersihkan tapi jangan buang kulit luarnya)
- Daun pisang
Bahan kisar untuk sambal
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 4 ulas
- 1 senduk besar cili kisar
- Halia 1 inci
- Serai 2 ulas
- Asam jawa 1 tbsp
Kaedah untuk sambal
- Tumis semua bahan yang telah dikisar dan tambah sedikit air asam jawa.
- Tambah garam,ajinomoto dan gula secukup rasa.
- Masak hingga pecah minyak dan sejukkan sebentar.
Penyediaan ikan cencaru sumbat sambal
- Mula-mula bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
- Belah dibahagian atas ikan dan sumbat dengan sambal yang telah disedaikan tadi.
- Letak atas daun pisang dan gulung.
- Gril atas pembakar bbq atau kuali.
- Kalau air fryer masak dalam 20 minit.
- Hidangkan bersama air asam jika suka.
- Siap!
Bagi yang tidak tahu ikan cencaru juga dipanggil ikan jaket kerana bahagian kulit keras yang terdapat pada badannya. Ikan cencaru ini mempunyai dua jenis pertama yang besar dan satu lagi ialah jenis sederhana kecil. Keduanya mempunyai kulit tersebut dan jika anda membeli dipasar minta pada penjual ikan agar tidak buang bahagian kulit tersebut ini kerana bahagian itu membantu untuk memerangkap kesegaran dan kelembapan ikan. Kecualilah bila kita gunakan resepi lain yang akan saya kongsikan nanti. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.