Resepi kali ini merupakan resepi ringkas, sedap dan amat mudah untuk disediakan. Ikan bilis kentang bersama kicap ini walaupun boleh dikatakan lauk paling sempoi sesuai bajet tengah bulan bila gaji lambat lagi nak masuk. Namun begitu walaupun ia amat ringkas tapi kalau kena dengan caranya mesti bertambah-tambah nasi dibuatnya. Bahan-bahan yang digynakan juga amatlah minima dan mudah didapati. Baiklah bagi anda yang tercari-cari resepi ringkas tetapi sedap dan pasti digemari berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
- Segenggam ikan bilis (bersih dan toskan)
- 2 biji kentang dipotong baji
- Bawang besar dihiris
- Bawang putih hiris tebal
- Cili api siap hiris
- Kicap secukup rasa
- Minyak masak
Kaedah
- Panaskan minyak dan goreng kentang hingga garing dan alihkan.
- Kemudian goreng ikan bilis sehingga buihnya hilang, angkat dan toskan minyak.
- Dalam kuali tumis bawang hingga layu dan kemudian tambah cili api.
- Bila keduanya dah layu masukkan ikan bilis dan kentang kemudian tambahkan kicap.
- Kicap tak perlu banyak hanya sekadar sahaja.
- Siap!
Masakan ini amat sedap dimakan bersama nasi panas dan telur mata kerbau,kalau suka pedas tambahlah sukatan cili api tetapi kicap tak perlu tambah banyak sangat ianya memadai sahaja kerana dikhuatiri terlalu masin pula dan ikan bilis pula boleh cepat lemau. Sebaiknya gunalah kicap manis kerana kicap masin tidak sesuai dek kerana ikan bilis yang umum tahu sudah cukup masin. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.