Resepi Homemade Patty Burger Makan Tanpa Was-was
Resepi kali ini merupakan cara menyediakan burger dirumah anda sendiri. Patty burger atau kepingan daging burger sangat mudah ditemui dikedai atau supermarket namun sekali sekala boleh juga dicuba resepi ini terutama bila anda rasa ingin burger yang lebih tebal atau ketika anda ingin menambah bahan-bahan yang anda suka di dalamnya. Baiklah bagi anda yang mencari-cari idea atau kelainan dalam hidangan harian anda atau jika anda mencari idea untuk hidangan bbq atau seumpamanya bersama rakan-rakan atau keluarga bolehlah anda mencuba resepi ini.
Bahan bahan
- 1 kg daging kisar (boleh tambah bahagian lemak sikit jika suka)
- 1 biji bawang besar dadu
- 2 sudu kecil sos worcestershire/maggi sos
- Serbuk roti sedikit
- 1 tbsp serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- ½ sudu kecil black pepper
- 1 biji telur – pukul sedikit
Kaedah
- Sediakan daging ( pastikan ia telah lembut)
- Masukkan semua bahan lain yang telah disediakan.
- Gaul agar semua bahan sebati.
- Kemudian bulat-bulatkan atau boleh timbang untuk dapatkan ketebalan yang sama.
- Sebelum grill tekan agar ia menjadi leper.
- Dalam kuali leper tambah butter secukupnya dan grill daging burger yang telah disiapkan tadi.
- Sedap makan dengan sos cili dan mayonis
- Siap!
Amat penting untuk mencari daging hancur yang elok dalam penyediaan patty burger kerana jika tersilap pilih dagingnya liat dan amat merosakkan patty ini. Anda bebas untuk menambah isi lemak atau daging hancur namun seperti yang saya katakan tadi, kadangkala dagingnya liat dan boleh memberi rasa yang tidak sedap. Apapun resepi ini sangat berbaloi untuk dicuba. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.