Resepi Frappucino Karamel Nabati Cheese (Inovasi Baru)

Frappucino pada dasarnya ialah gabungan ais dan susu. Kemudian ia ditambah dengan espresso (kopi) atau krim. Namun begitu pelbagai resepi telah diolah bagi memenuhi selera peminat frappucino. Antaranya oreo frappucino , vanila frappucino,green tea frappucino dan yang paling popular double choc chip frappucino.

Pada dasarnya ia menggunakan bahan asas yang sama, susu dan ais yang dikisar. Seperti ‘ice blended’ ia mula diubah suai dengan tambahan serbuk perisa. Bagaimanapun yang asli sudah tentu lebih sedap dan terbaik.

Frappucino ini harganya tidaklah murah, namun ia tetap mendapat permintaan yang tinggi. Boleh jadi kerana kini ia menjadi ‘trending’. Bagaimanapun ,hari ini Madam akan kongsikan resepi ini. BiasanyaMadam hidang pada tetamu-tetamu cilik.

Resepi Nabati Caramel Frappucino

Bahan-bahan kisar

  • 2 batang Nabati cheese wafer.
  • 1 gelas air batu
  • 200ml susu full cream
  • 2 sudu besar caramel sauce
  • 1 sudu besar caramel syrup.

Hiasan

  • Krim putar
  • Sos karamel
  • Nabati cheese wafer

Kaedah

  • Kisarkan  semua bahan kisar.
  • Hiasi gelas dengan caramel sauce dulu.
  • Tuang bahan yang telah dikisar. Hiasi dgn krim putar dan dengan caramel sauce dan akhir sekali biskut nabati.

Siap untuk dihidang.

Frappucino wafer coklat dan frappucino nabati cheese caramel
Resepi untuk sos karamel ada sini

Minuman ini sangat sedap. Rasanya sangat mewah, tampak esklusif bila dihidang dengan krim putar. Hiasi pula dengan wafer nabati. Pasti jadi bualan sanak saudara. Jadi anda haruslah mencubanya. Kosnya lebih murah dan sangat berbaloi.

Selain dari resepi ini, kita ada juga resepi minuman yang lain. Jangan lupa cuba ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *