Resepi Dark Mocha Choc Ala Gifi Coffee

Resipi kali ini merupakan resepi mocha yang amat popular dicafe kopi terkenal, Gigi. Dark mocha ialah minuman espresso dan digabungkan dengan coklat, ianya amat sesuai bagi mereka yang mengawal pengambilan gula kerana dalam resipi ini ia tidak menggunakan coklat sebaliknya menggunakan serbuk koko dan sirap gula sahaja. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 cup kecil espresso ( kopi hitam)
  • 1 tsp serbuk koko
  • 2 atau 3 pam air gula (30ml) 
  • Susu segar 200ml
  • Krim dan choc rice sebagai hiasan(pilihan)

Kaedah

  • Mula-mula brew espresso atau jika guna nescafe gold bancuh 1 sachet dan ketepikan.
  • Bancuh serbuk koko, air gula dengan air panas hingga sebati.
  • Campur air koko dengan espresso dalam mug pilihan.
  • Panaskan susu dan froth hingga gebu dan tambah kedalam mug tadi.
  • Jika suka anda boleh hias dengan krim dan juga taburan serbuk koko atau choc chip.
  • Siap! 

Anda boleh menggunakan krim yang dipukul pekat sebagai hiasan di atas muka ini taburkan dengan taburan coklat rice atau coklat chip  untuk membuat dia nampak lebih menarik dan lebih sedap. Selamat mencuba

Resepi Menarik Lain