Resepi Creme Brulee Dessert Mewah Makanan Orang Ada-ada Je
Resepi pencuci mulut kali ini diambil dari resepi Anna Olson yang sangat terkenal dalam menghasilkan aneka masakan pencuci mulut dan pastri. Creme Brulee adalah sejenis masakan yang disediakan menggunakan krim, gula dan kuning telur. Kemudian ia dimasak dengan teknik ‘steam bath’.Hidangan ini biasanya dihidangkan direstoran mewah kerana keenakannya dan bahan-bahan perium yang digunakan. Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 650ml whip cream
- 1tbsp esen vanilla
- 4 biji telur kuning
- 1 biji penuh telur
- 150g gula halus
Kaedah
- Mula-mula tambah telur dan gula dalam satu bekas dan kacau hingga gula larut.
- Panaskan krim dan kemudian campurkan dengan adunan telur tadi, campurkan sedikti dahulu.
Selepas itu baru masukkan baki krim dan kacau hingga semua bahan sebati. - Tuang didalam mangkuk ramekin dan kemudian bakar dengan teknik ‘steam bath’ selama 30minit.
- Sejukkan dahulu dalam petiais sebelum dihidangkan.
- Tabur gula pasir dan guna light torch untuk menhanguskan gula dibahagian atas custard.
- Selamat mencuba!
Selain menggunakan krim anda jika boleh menggunakan susu berkrim namun rasanya akan sedikit kurang mewah.Kebiasaan creme brulee dimasak didalam bekas ramekin namun anda boleh menggunakan bekas pakai buang yang sangat mudah dibeli dikedai yang menjual barangan plastik dan bekas-bekas pakai buang. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.