Resepi kali ini merupakan sejenis menu street food yang popular di negeri-negeri pantai Timur. Colek adalah sejenis menu hidangan menggunakan bebola ikan, hotdog malah seafood juga digoreng dengan saduran tepung hingga garing dan kemudian dihidang dengan sos cili Thai yang amat mudah untuk disediakan. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahannya.
Bahan-bahan
- Steamboat set 5 in 1(boleh beli disupermarket)
- Ketam frozen
- Calamari frozen
Bahan sadur
- 1 cawan tepung ayam bestari
- 1 cawan tepung beras
- Air secukupnya
Kaedah
- Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati dan sedikit cair.
- Celupkan bahan-bahan steamboat, ketam dan juga calamari frozen yang telah siap dinyahbekukan.
- Panaskan minyak dan goreng dengan minyak penuh.
- Hidangkan bersama sayur salad dan sos Thai.
- Siap!
Resepi ini saya dapatkan dari influencer kesayangan Malaysia iaitu Khairul Aming yang sememangnya terkenal sebagai pelbagai jenis i masakan dan resepi ringkas dan mudah. Saya menggunakan ketam frozen bersama bebola steamboat yang boleh anda beli di kedai atau supermarket yang menjual pelbagai jenis frozen food. Manakala saya gunakan sos cili Thailand sahaja tetapi anda juga boleh buat sos cili sendiri. Selamat mencuba! .
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.