10 Resepi Choc Cheesecake Nutella Tular
Bayangkan aroma nutella yang pekat dan manis, bersepadu sempurna dengan tekstur cheesecake yang lembut dan berkrim. Gigitan pertama akan melelehkan nutella di mulut anda, diikuti dengan kesegaran cheese yang berkrim.
Ini bukan sekadar cheesecake biasa, tetapi Nutella Cheesecake yang amat menggoda. Mesti seronok kalau dapat buat dessert yang sangat mewah ini. Amat sesuai jadi dessert untuk acara-acara istimewa. Konfirm semua orang suka dessert ini.
Cara buatnya pun tidak sesukar yang dibayangkan. Cukup dengan bahan-bahan sederhana dan langkah mudah, Nutella Cheesecake siap memanjakan lidah anda. Bayangkan aroma coklat nutella memenuhi satu rumah, dan hasil kek yang begitu cantik dan menyelerakan keluarga.
Makin penasaran bukan? Ayuh kami tunjukkan kumpulan resepi Nutella coklat cheesecake yang amat tular di laman Facebook. Hidangkan potongan-potongan kek ini kepada rakan-rakan anda. Tips memotong cheesecake yang cantik, rendam pisau panjang dalam air panas, lap dan barulah digunakan untuk memotong cheesecake. Semoga bermanfaat.
Nutella Cheesecake Biskut Marie
Selamat pagi, sudah sarapan belum? Pagi-pagi makan Nutella cheesecake macam menarik bukan? Para penggemar cheese boleh cuba ya, resepi disertakan sekali dikongsi oleh Putri Bungsu di laman Facebook. Tidak cuba tidak tahu bukan?
Bahan-bahan :
- 1/2 bungkus biskut Marie,
- 1/3 cawan butter (dicairkan),
- 250 gram cream cheese,
- 250 ml @ 1 kotak kecil whipping cream,
- 1/2 cawan susu pekat manis (boleh kurang @lebih ikut selera masing-masing),
- 1/2 biji lemon (ambil jusnya),
- 100g @ 1/2 botol Nutella (botol kecil).
Cara-cara :
- Biskut Marie diblend kemudian digaulkan dengan butter.
- Seterusnya, masukkan ke dalam cup dan ditekan biar padat, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap.
- Kemudian gaulkan bersama cream cheese sehingga lembut.
- Apabila sudah lembut, masukkan whipping cream dan gaul sehingga gebu.
- Masukkan pula susu dan perahan lemon, dan gaul lagi sehingga sebati.
Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian:
1. Bahagian putih (krim cheese)
- Masukkan ke dalam cup 1 ½ sudu kemudian simpan dalam peti sejuk.
2. Bahagian coklat (Nutella)
- Cream cheese dicampur dengan Nutella hingga sebati.
- Kemudian masukkan ke dalam cup yang disejukkan dengan cream cheese tadi.
- Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman, baru boleh makan.
Nutella Cheesecake Penuh Coklat
Jika anda ialah seorang pecinta coklat dan cheese maka resepi ini sesuai untuk anda. Perpaduan Nutella yang berkrim dengan cheesecake yang lembut dan manis membuat Nutella Cheesecake Coklat menjadi hidangan penutup yang sangat lazat. Tambahan pula bertabur serbuk Oreo, memang sedap resepi daripada Noor Rabi Atul Adawiyah di laman Facebook.
Bahan A (asas):
- 125 gram butter,
- 150 gram Oreo yang dikisar.
Cara-cara :
- Cairkan butter dan hancurkan biskut.
- Satukan kedua-dua bahan bagi sebati kemudian ratakan ke dalam loyang.
- Padat dan kemaskan guna sudu. Ketepikan.
Bahan B (filing):
- 250 gram cream cheese,
- 1/2 cawan gula kastor,
- 1 cawan whipping cream,
- 1/4 cawan Nutella,
- 2 sudu besar gelatin halal,
- 1/4 cawan air suam,
- 1 sudu besar coklat Emulco,
- 1 ½ sudu kecil pewarna coklat.
Cara-cara :
- Putar whipping cream hingga kental dan ketepikan.
- Kemudian putar cream cheese dengan gula hingga kembang.
- Lalu, masukkan whipping cream tadi ke dalam adunan cheese.
- Dalam bekas lain, bancuh air suam dengan gelatin, kacau sebati.
- Kemudian, masukkan bancuhan gela tin ke dalam adunan cheese gunakan spatula sahaja.
- Seterusnya bahagikan kepada 2 adunan.
- Masukkan Nutella, pewarna coklat dan coklat emulco ke dalam 1 adunan cheese. Gaul sebati.
- Tuang adunan Nutella ke dalam loyang berisi biskut. Ratakan dan biarkan keras sedikit.
- Kemudian tuang adunan putih ke atas adunan Nutella, ratakan.
- Simpan di dalam peti sejuk selama 6 jam atau semalaman.
- Bila sudah keras hiaskan ikut kreativiti masing-masing.
Nutella Cheesecake Oreo Crunchy
Projek membuat kek seterusnya ialah Nutella cheesecake ala Nur Elina yang berkongsi di laman Facebook. Resepi mudah menggunakan serbuk Oreo yang crunchy. Rasa moist, creamy, dan crunchy sekali makan. Nyum-nyum!
Bahan-bahan Crust :
- Serbuk Oreo 200 g,
- Butter cair 50 g.
Bahan-bahan Cheesecake :
- 500g creamcheese philadelphia atau tatura,
- ½ cup gula kastor,
- 2 biji telur,
- 1¼ cup dairy whipping cream,
- 100g Nutella,
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla.
Cara-cara :
- Campurkan serbuk Oreo dan butter cair, campur sekata.
- Kemudian tekan dan mampatkan dalam loyang bulat, diameter 8 inci.
- Terus masukkan dalam oven suhu 170 °C selama 10-15 minit.
- Lalu keluarkan daripada oven, sejukkan sekejap.
- Untuk cheesecake pula, campurkan cream cheese dan whipping cream. Pukul sampai nampak dia naik gebu. Proses ini penting, untuk menghasilkan kesan 2 lapisan.
- Kemudian, masukkan gula kastor sedikit-sedikit, pukul sampai sebati.
- Masukkan ekstrak vanilla.
- Masukkan telur, pukul lagi.
- Apabila sudah sebati semua, ambil lebih kurang 1/3 dari adunan tadi, campurkan dengan Nutella dan 1 sudu besar whipping cream, campur dia sampai sebati.
- Tuangkan 1/3 adunan yang dicampurkan dengan Nutella tadi ke atas Oreo kisar tadi, ratakan.
- Kemudian, tuang adunan yang selebihnya perlahan, kalau tuang cepat sangat nanti dia bercampur dan lapisan nampak tidak cantik. Lalu ratakan hentak-hentak sedikit acuan pun tidak apa.
- Jika sudah siap, boleh masuk dalam oven suhu 150°C, dan panggang selama 45-50 minit.
- Kemudian tutup oven, dan biarkan cheesecake tadi dalam oven lebih kurang satu jam.
- Kemudian, sejukkan kek dalam peti ais, lebih kurang 3 jam.
- Siap dan hias terpulang kreativiti masing-masing.
Nutella Cheesecake Tanpa Bakar Dengan Coklat Ganache
Teringin buat kek tapi tidak punya oven? Tidak tahu cara sukatan yang sesuai? Jangan risau kami ada resepi daripada Raden Galuh di laman Facebook. Tanpa oven dan cara masak pun main agak-agak sukatan sahaja. Mesti anda penasaran cara buatnya bukan? Kami ada resepi mudah ini daripada Raden Galuh di laman Facebook.
Bahan asas Oreo :
- 20 ketul Oreo (buang cream putih),
- 5 sudu besar butter,
- 4 sudu besar Nutella.
Bahan filling cake :
- 250g cream cheese,
- Sebotol sederhana Nutella,
- 100g coklat masakan.
Bahan topping ganache :
- 300g coklat masakan (baki coklat untuk filling tadi),
- 1/2 kotak kecik whipping cream/double cream,
- 1 sudu besar butter,
- Coklat chip dan almond secukup rasa.
Cara-cara :
- Putar cream cheese sampai kembang.
- Masukkan nutella dan coklat cair. Tuang ke atas base oreo. Sejukkan dalam peti sampai keras.
- Masak topping dengan kaedah double boil dan sejukkan pada suhu bilik sebelum tuang ke atas kek.
- Atas sekali tabur kacang almond dan coklat chip. Sejukkan lagi dalam peti selama 4 jam.
Siap.
Nutella Cheesecake Bar
Resepi seterusnya daripada Princess Ferial Farook di laman Facebook. Resepi mudah yang akan merangsang kemahuan anda untuk mencipta kek penuh citarasa.
Bahan-bahan :
- 10 biji biskut,
- 3 sudu besar mentega cair,
- 250g cream cheese,
- 1/4 cawan gula kastor,
- 1/2 sk esen vanila,
- 1 biji telur,
- 3 sudu besar Nutella.
Cara-cara :
- Panaskan oven pada 130 0C.
- Hancurkan biskut dan campurkan mentega.
- Ratakan dalam loyang 7×7 (alas dengan foil).
- Bakar selama 6-8 minit.
- Pukul cheese dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
- Tuang bahan ke dalam loyang.
- Bakar 15-20 minit.
- Sejukkan dan masukkan dalam peti ais selama 3-4 jam.
- Hiaskan mengikut citarasa.
- Masukkan Nutella ke dalam microwave selama 10-15 saat.
Nutella Cheesecake Marble
Ingin sambut hari istimewa anda dengan lebih meriah? Mestilah kena hidang makanan yang menjilat jari. Cheesecake coklat nutela lah jawabnya. Menyambut perayaan hari cuti sekolah untuk anak-anak di rumah sambil tengok TV. Banyak yang bertanya resepi Nutella Cheesecake ini, jadi sesiapa yang ingin mencuba sila ikut resepi daripada Amanda Adariana Ahmad di laman Facebook.
Bahan-bahan :
- 250 gram serbuk Oreo,
- 80 gram butter,
- Kisar dan buat asas untuk acuan loyang 10 inci, guna acuan springfoam lebih baik.
- Rehatkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 1 jam.
Bahan A :
- 1 kg cheesecream,
- 3/4 cawan whipping cream,
- 1 cawan gula,
- 1 sudu besar tepung jagung,
- 2 sudu besar esen vanila,
- 4 biji telor (gred A).
Bahan B :
- 2/3 cawan Nutella (saya masukkan 1 cawan Nutella),
- 1/3 cawan whipping cream.
Topping :
- 1/3 cawan whipping cream,
- 1 cawan Nutella,
- Kekacang untuk hiasan (saya guna walnut yang dikisar kasar).
Cara-cara :
- Kesemua bahan A di atas dipukul sehingga sebati. Asingkan 1/3 adunan dan masukkan bahan B, gaul sebati.
- Keluarkan bahan asas dari peti sejuk, kalau ikut resepi asal, adunan ada 2 lapisan. Lapisan cheese dan lapisan Nutella. Tetapi saya buat ala-ala marble. Kaedah ini boleh dibuat mengikut citarasa masing-masing.
- Bakar dengan kaedah steambath/double boiled dengan suhu 1500C atau mengikut oven masing-masing selama 60 minit atau sehingga permukaan kelihatan agak perang.
- Bila telah masak, jangan keluarkan dari oven terus. Biarkan selama 1 jam di dalam oven supaya suhu bertukar secara perlahan agar cheesecake tidak termendap tiba-tiba.
- Setelah cheesecake sudah nampak stabil, buat topping dengan memanaskan whipping cream sehingga sedikit menggelegak.
- Kemudian tuang whipping cream ke dalam 1 cawan Nutella, gaul sehingga sebati.
- Taburkan sedikit kekacang atau hias mengikut citarasa masing-masing.
- Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan cheesecake tadi benar-benar sejuk sebelum dihidangkan.
Nutella Burnt Cheesecake
Seterusnya Umi Othman berkongsi resepi Nutella burnt cheesecake sedap di laman Facebook. Kaedah resepi cheececake yang menarik dan berbeza daripada cheesecake resepi sebelumnya. Walaupun Nampak garing tapi ianya moist di mulut.
Bahan-bahan :
- 500 gram cream cheese,
- 350 gram Nutella,
- 5 biji telur,
- 15 gram tepung superfine/gandum,
- Gula 150 gram,
- Esen vanila 1 sudu kecil,
- Whipping cream 250ml,
- 1 sudu besar serbuk koko.
Cara-cara :
- Putar cream cheese hingga kembang.
- Bila sudah kembang masukkan bahan-bahan lain.
- Bakar selama 1.5 jam pada suhu 2000C.
- Kena simpan dalam peti sejuk selama 4 jam kemudian makan.
Mini Nutella Cheesecakes
Abang Danish Harraz ingin berkongsi 1 lagi resepi cheesecake yang paling menjadi kegemaran. Kombinasi cheese dan Nutella yang bila makan boleh terpejam-pe am mata! Senang dan sedap. Resepi untuk 15 biji.
Bahan-bahan asas Cheesecake :
- 100 gram Digestive biscuits atau Graham Cracker, digelek dengan rolling pin sehingga hancur.
- 15 gram gula kastor,
- 65 gram butter yang dicairkan,
- Paper cups,
- Muffin tray.
Cara-cara untuk menyediakan Bahan asas :
- Gaul biscuit crumbs, gula kastor dan butter cair sehingga sebati.
- Sudukan anggaran 1 sudu besar adunan biskut crumbs tersebut ke dalam muffin tray yang telah dialas dengan paper cups dan tekan sehingga menjadi padat.
- Simpan dalam peti sejuk sementara menunggu adunan cheesecake siap.
Bahan-bahan untuk cheesecake :
- 500 gram cream cheese dengan suhu bilik,
- 1 suduteh esen vanila,
- 2 biji telur gred A, dengan suhu bilik,
- ½ cawan gula kastor.
Cara-cara untuk menyediakan Cheesecake :
- Preheat oven pada suhu 160°C.
- Pukul creamcheese, vanila dan gula kastor sehingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata.
- Sudukan ke atas bahan asas tadi. Bakar selama lebih kurang 25-30 minit atau sehingga bahagian tengah masak.
- Sejukkan sekejap dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 3-4 jam atau lebih (lagi lama lagi sedap).
- Sebelum dihidangkan, hiaskankan Nutella ke atas cheesecake tersebut dan hidangkan.
Ovomaltine Pie Nutella Cheesecake
Mahu mencuba resepi berlainan daripada Salam Tewkesbury di laman Facebook? Pie berlapis Nutella Cheesecake, Coklat Ganache dan topping coklat Ovomaltine. Menarik bukan? Tidak sabar cuba, jom tengok resepinya.
Bahan Lapisan 1 :
- Kerak Pie beli yang sudah jadi, lagi senang.
- Sapukan Nutella pada kerak pie ikut ingin tebal atau tipis.
Bahan-bahan lapisan 2:
- Ambil 125 gram krim cheese dengan 3 sudu besar gula aising,
- Tambahkan 3 sudu besar coklat spread, campurkan merata.
- Masukkan 125 whipping cream.
- Gaulkan whipped cream dengan campuran cheese.
- Lapiskan di atas lapisan pertama tadi.
- Simpan dalam peti sejuk, sambil sediakan lapisan ketiga.
Bahan lapisan 3: coklat Ganache
- Gaulkan 4 auns dark coklat bersama 125 ml whipping cream.
- Microwave selama 30 saat.
- Stir sehingga coklat cair.
- Sejukkan sekejap sebelum menuang ke atas lapisan cheesecake.
- Simpan dalam peti sejuk.
Bahan lapisan 4 : Ovomaltine
- Sapukan ovomal tin ke atas pie.
- Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
Nutella Cheese Cake Oreo Kegemaran Anak
Anak-anak memang suka makan Nutella Cheese Cake ini. Kalau boleh mahu mereka makan hari-hari. Tapi mahal, biasa beli 1 potong sudah RM11. Akhirnya SD Doorgift Murah niat untuk buat sendiri saja. Memang jadi dan sedap, puas hati makan.
Bahan-bahan :
- 2 ½ paket biskut Oreo,
- 75g Butter,
- 500g Cheese (saya guna jenama Anchor),
- 500g Whipping Cream (saya guna jenama Anchor)
- 2 sudu besar serbuk gelatin,
- 80g gula,
- Sedikit esen vanilla,
- Nutella.
Cara-cara :
- Asingkan biskut Oreo dan cream pada biskut. (Masukkan cream yang sudah diasingkan dalam periuk).
- Hancurkan atau blend biskut sampai halus. (Asingkan sedikit biskut yang sudah dihancurkan untuk buat topping).
- Pada masa yang sama, cairkan butter.
- Curah butter yang sudah cair pada biskut yang sudah diblend.
- Gaul sebati kemudian ratakan di dalam loyang. Tekan dengan sudu/senduk/spatula sehingga padat. (Ini akan jadi bahan asas untuk cake)
- Masukkan loyang dalam peti ais. (Saya masukkan terus pada bahagian beku sebab nanti lambat sejuk kalo letak di bahagian biasa)
- Kemudian, ambil periuk yang sudah diletakkan cream biskut Oreo tadi.
- Letakkan di atas dapur dengan api yang kecil.
- Masukkan cream cheese, whipping cream, esen vanila, gula dan gelatin.
- Gaul sampai sebati.
- Keluarkan loyang tadi dari peti ais.
- Curahkan dalam loyang separuh adunan tadi.
- Masukkan dalam peti semula sementara menunggu anda membuat adunan lapisan Nutella.
- Kemudian, campurkan Nutella ke dalam separuh lagi adunan tadi. Yang ini main anggaran sahaja. Yang ingin manis dan rasa coklat lebih, boleh letak banyak. Gaul sebati.
- Keluarkan loyang tadi dari peti ais.
- Curahkan adunan perlahan-lahan.
- Masukkan dalam peti ais dan biarkan semalaman.
- Untuk topping, saya ayakkan biskut Oreo yang sudah dihancurkan dan letak strawberry.
Resepi Menarik Lain
Selain resepi Cheesecake Nutella Coklat, kami juga menulis resepi lain yang tidak kalah menarik. Sila baca dan cubakan resepi di bawah. Jangan lupa Share dan Like resepi ini ya.