Resepi Brownies Klasik Yang Ori Sedap Layan Dengan Aiskrim
Resipi ini merupakan resipi brownies yang sangat popular kerana ia adalah sejenis masnisan bercoklat yang amat digemari oleh peminat makanan bercoklat. Antara bahan- bahan yang digunakan ialah coklat, gula, telur, sedikit serbuk koko dan tepung. Kemudian ianya dibakar dengan suhu yang agak tinggi dan apabila telah siap, brownies mempunyai tekstur yang padat dan penuh dengan coklat.
Tidak seperti brownies yang disukai dinegara kita , brownies yang klasik tidak mempunyai tekstur kedut dan jika ada pun ianya sangat rapuh dan pecah bila dipotong. Baik bagi anda yang ingin mencoba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan
Bahan-bahan
A
- 250g dark choc (pilih jenama yang baik)
- 150g pure butter ( seperti lurpak atau anchor)
B
- 150g tepung gandum
- 30g serbuk koko
C
- 120g gula halus
- 30g gula perang
- 2 biji telur
- 1tsp esen vanilla
Bahan inti (pilihan)
- Choc coin/nib
Kaedah
- Panaskan oven pada suhu 180c sekurang-kurangnya 10 minit.
- Sediakan loyang empat segi saiz 9”, alas dengan kertas minyak dan lebihkan dibahagian kiri dan kanan.
- Cairkan bahan A selepas itu masukkan bahan C dimulai dengan gula kacau baru masukkan telur dan esen vanila.
- Kacau hingga ia menjadi berat dan berlipat-lipat
- Selepas itu masukkan bahan B dan kacau hingga sebati.
- Masukkan dalam loyang dan tabur choc nib jika suka.
- Selepas itu bakar pada suhu 180c selama 35-40 minit.
- Sejukkan sebelum dipotong.
Jika anda cuba resepi ini dan tidak mendapat ‘kedutnya’ jangan kecewa kerana brownies klasik sememangnya tidak mempunyai kedut. Yang penting rasanya yang sedap dan sangat bercoklat sesuai untuk peminatnya. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.