Resepi Brownies Kedut Yang Anti Gagal Tanpa Mixer
Antara brownies yang pernah popular satu masa dahulu, saya kongsikan dengan anda cara yang lebih mudah dan anti gagal untuk menyediakan brownies kedut. Dalam resepi ini saya menggunakan loyang empat segi bersaiz 9”. Jadi ianya sesuai jika anda ingin mencuba sebagai hidangan dalam majlis keraian ataupun ketika hari raya. Tambahan pula cara membaut brownis ini amat mudah dan anda juga tak perlu guna mixer untuk membuat brownis kedut ini. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan
A
- Dark choc 320g
- Butter 120g
B
- Gula perang 75g
- Gula halus 75g
- Telur gred A/B 3 biji
C
- Tepung naik sendiri 80g
- Serbuk koko 30g
Kaedah
- Sediakan loyang empat segi bersaiz 9”
- Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10 miniti.
- Double boil/microwave bahan A dan kacau agar sebati.
- Masukkan bahan B dan kacau hingga ia menjadi licin dan sebati.
- Akhir sekali ayak bahan C didalam kedua bahan tadi.
- Gaul hingga sebati dan adunan menjadi berlipat-lipat.
- Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit pada suhu 160c.
- Bila dah masak buka separuh pintu oven selama 10minit agar permukaan atas brownis menjadi kedut.
- Siap!
Sungguhpun brownis tidak perlu kedut tetapi ianya sentiasa menjadi kesukaan orang kita. Oleh sebab itu penggunaan coklat perlulah lebih dan juga brownis yang telah siap dibakar perlulah dibiarkan di dalam oven terlebih dahulu selama 10 minit dengan pintu yang terbuka sedikit barulah boleh dikeluarkan untuk memastikan bahagian atas brownis menjadi kedut. Resepi ini adalah resepi anti gagal dan saya sendiri sentiasa menggunakan resepi ini untuk membuat brownis. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.