Resepi Brokoli Daging (Sedap Dan Berkhasiat)

Resepi kali ini merupakan sejenis masakan Cina. Brokoli masak bersama daging ini, merupakan sejenis masakan sayur yang amat mudah disediakan. Ianya hanya memerlukan bahan yang ringkas iaitu sayur brokoli,daging dan juga sos tiram sahaja.

Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Brokoli Daging

Bahan-bahan 

  • 100g daging lembut (hiris nipis) 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 ulas bawang putih (diketuk) 
  • 1 ketul besar brokoli. (Hiris dan potong mengikut kesesuaian)

Kaedah

  • Mula-mula tumis bawang putih. 
  • Kemudian masukkan hirisan daging lembut. 
  • Apabila daging mulai masak masukkan pula sos tiram.
  • Tambah air jika perlu da sedikit garam
  • Akhir sekali masukkan brokoli dan masak sehingga ia empuk.
  • Siap!

Brokoli bersama daging sememangnya masakan yang sedap dan berkhasiat. Anda boleh tambah lada hitam jika anda suka, atau pun hirisan cili api. Terpulang mengikut selera anda,sedap,mudah dan pantas tu tuk disediakan anda harus cuba resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Menarik Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *