5 Resepi Biskut Horlicks Rasa Lemak Susu

Buat peminat horlicks, resepi ini memang untuk anda. Pelbagai jenis resepi yang kita boleh buat bersama horlicks antaranya ialah biskut dan juga kek. Rasa horlicks yang berlemak susu memang sesuai dipadankan dengan apa sahaja resepi.

Jika anda mencari resepi berasaskan horlicks wajib baca resepi yang kami nak kongsikan ini. Rugi tak baca. Jom kita ketahui bersama!

Resepi Biskut Horlicks

Biskut horlicks ini memang sesuai kalau dihidangkan untuk anak-anak. Makan sebalang belum tentu cukup. Resepi dari Hairul Nizam Ijam.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 100gm mentega
  • 50gm minyak sapi
  • 60gm gula kaster

Bahan B

  • 120gm tepung gandum
  • 50gm tepung jagung
  • 30gm horlicks
  • 50gm cornflakes kisar halus
  • Hiasan : serbuk horlicks secukupnya.

Cara Penyediaan

  1. Pukul bahan A hingga sebati, masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 15 minit.
  2. Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit.
  4. Biarkan biskut suam, gaul dengan serbuk horliks.

Resepi Kek Batik Horlicks

Kek batik memang sinonim dengan coklat. Kali ini resepi dari Elaine Tan adalah kek batik horlicks. Rasa lebih lemak dan sedap.

Bahan-bahan

  • 300gm Biskut Marie
  • 250gm Butter
  • 250gm Susu Pekat
  • 200gm Horlicks

Cara Penyediaan

  1. Pecahkan biskut marie, masuk dalam loyang.
  2. Cairkan butter dalam pan,
  3. Masuk susu pekat.
  4. Masuk Horlicks. Gaul sampai sebati.
  5. Tuang dalam loyang biskut marie.
  6. Gaul dan mampatkan.
  7. Dah agak sejuk masuk dalam peti sejuk.

Resepi Chilled Horlick Cheesecake

Sesuai dengan nama, kek cheese horlicks ini tak perlu nak dikukus atau dibakar. Hanya simpan selama 4 jam dalam peti ais dan siap untuk dimakan. Mudahkan resepi dari Jamayah Yahod ini.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 250gm butter
  • 250gm cream cheese (putar hingga sebati dan tidak berketul)
  • Stgh tin rendah susu pekat
  • 1 tin nestle reduced cream (250gm)

Bahan B

  • 400gm horlicks
  • 250gm susu tepung (any brand)
  • 100gm tpg gandum

Bahan C

  • 3 paket biskut marie munchys (Perisa coklat – patah 2-3)

Cara Penyediaan

  1. Masuk bahan A dalam kuali kacau hingga cair dengan api slow pastikan cream cheese larut.
  2. Masuk bahan B sedikit demi sedikit kacau hingga rata sebentar baru dimasuk bahan C, balikkan hingga bergaul rata, proses ini perlu dilakukan dengan cepat takut bahagian bawah hangit.
  3. Tuangkan kedalam loyang 8″ or 9″ yang telah dilapik plastik/foil tekan dan penekan
  4. Sejukkan di luar sebentar baru dimasuk dlm icebox at least 4 jam baru dipotong,

Resepi Horlicks Famous Amos Cookies

Siapa sahaja tak kenal dengan biskut Famous Amos kan? Bau biskut ini memang semerbak. Kali ini resepi dari Nasuha Saiful ini beliau menggabungkan horlicks dalam cookies tersebut.

Bahan-bahan

  • 1 buku buttercup
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 penutup esen vanilla
  • 1sdb soda bikarbonat
  • 1sdb baking powder
  • 1 cwn minyak masak
  • 3 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn horlicks
  • 1/2 cwn susu tepung
  • 1 cwn almond nibs (bakar dahulu dalam 5 min)
  • 1 cwn beryls milk choc coin
  • 1/2 cwn dark choc chip
  • 1/2 cwn caramel chip

Cara Penyediaan

  1. Satukan butter, gula castor, telur & esen vanilla. Kacau dengan senduk hingga sebati.
  2. Masukkan horlicks, susu tepung, soda bikarbonat, baking soda, tepung gandum & tepung jagung. Kacau hingga sebati.
  3. Kemudian tuangkan minyak sedikit demi sedikit sehingga adunan konsisten. Kacau lagi. Adunan akan menjadi sedikit lembik jangan risau.
  4. Masukkan choc coins, almond nibs, dark choc, caramel chip. Kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam chiller dalam 15 min.
  5. Cubit atau masukkan ke dalam piping bag. Bakar suhu 150 degree selama 15 min.

Resepi Horlicks Cookies

Resepi terakhir ini seakan-akan biskut florentine tapi diolah sedikit dengan penambahan horlicks dalam resepi biskut ini. Resepi oleh Razzi Hajemi.

Bahan-bahan

  • 2 cup tepung florantine
  • 1/2 cup horlick
  • 1/2 cup nestum
  • 1 packet corn flake 150g

Cara Penyediaan

  1. Campurkan tepung florantine, horlick dan nestum dalam satu bekas. Gaul rata, kemudian masukkan corn flake yang telah dihancur kasar.
  2. Masukkan adunan satu sudu makan (kalau tebal sangat boleh kurangkan) dalam bekas cupcake seperti di gambar. Masukkan dalam oven 180c dalam 6-7 minit.
  3. Dah siap sejukkan sebentar, lepas tu baru keluarkan daripada bekas tu.

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik dan mudah yang lain ada di sini. Terima kasih juga telah singgah di laman web kami. Jangan lupa cuba resepi ini,

Resepi Menarik Lain