Resepi berikut adalah sejenis resepi biskut yang disediakan tanpa acuan. Bagi sesetngah orang membuat biskut menggunakan acuan memenatkan dan sukar, namun tidak bagi resepi ini kerana ianya dipaip berbentuk rosset dengan nizel tip 1M. Adunannya sangat lembut dan sesuai bagi anda yang ingin sesuatu yang mudah untuk dihasilkan.
Namun untuk menghasilkan biskut butter yang sedap, paling penting untuk menggunakan butter yang berkualiti. Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang digunakan.
Bahan-bahan
- 500g meadow pure butter
- 150g gula aising
- 200g tepung gandum
- 500g tepung kentang
Kaedah
- Mula-mula pukul butter hingga betul-betul putih.
- Masukkan gula aising yang telah siap diayak.
- Pukul lagi sehingga adunan ini betul-betul kembang.
- Akhir sekali masukkan kedua jenis tepung dan gaul sekadar sebati sahaja.
- Dengan 3 lapis beg piping masukkan adunan dan paip dengan nozel 1M untuk menghasilkan bunga yang cantik.
- Sejukkan sebentar dalam peti sebelum bakar pada suhu 160c selama 30 minit atau hingga adunan kekuningan dibahagian tepi biskut.
- Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
- Siap!
Biskut ini sangat rapuh dan ianya cair dalam mulut, sesuai bagi peminat biskut seperti ini.Selain dari butter meadow anda boleh juga menggunakan butter lurpak, anchor dan beberapa jenama lain lagi. Kerana ianya adalah butter yang asli yang diperbuat dari lemak haiwan dan rasanya lebih sedap dan aromanya lebih menarik. Oleh itu jangan lupa mencuba resepi ini ye. Selamat mencuba!
Resepi – resepi lain yang menarik
Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.